Tuesday 25 August 2015

SEMINAR & AGM MGCDKP 2015

Bertempat di SMK Bandar Baru Darulaman (BUDIMAN), Jitra seramai empat orang guru cemerlang i-KUPs telah bersama-sama menjayakan Seminar Pengajaran & Pembelajaran Abad ke - 21 & Mesyuarat Agung Tahunan MGC Daerah Kubang Pasu. Seminar yang dijalankan pada 19 Ogos 2015 di Bilik Seminar BUDIMAN disampaikan oleh Pn. Aishah bt Mokhtar, Guru Cemerlang Kimia Gred Khas C dari SMK Jitra. Dalam penyampaiannya, beliau menerangkan konsep pembelajaran abad ke-21 dan ciri-ciri P&P yang menyokong ke arah pembelajaran abad ke-21. Secara ringkasnya, pembelajaran abad ke-21 mementingkan konsep guru sebagai fasilitator. 


Seterusnya, Mesyuarat Agung Tahunan MGCDKP telah dijalankan pada jam 12.30 tengah hari. Dalam mesyuarat itu, dua orang GC i-KUPs telah terpilih sebagai AJK daerah, iaitu Pn. Asmaniza bt Yop sebagai Penolong Setiausaha dan En. Mohd Asri bin Md Saad sebagai AJK. Perasmian penutupan telah dibuat oleh Tuan Haji Abd. Razak bin Mat, Pegawai Pendidikan Daerah Kubang Pasu pada jam 1.45 tgh. Semoga aktiviti ini mampu meningkatkan kecemerlangan guru cemerlang daerah Kubang Pasu, khususnya di SBPI Kubang Pasu.


No comments:

Post a Comment