Monday 14 August 2017

SEMINAR KEBANGSAAN GURU CEMERLANG 2017

Alhamdulillah, setelah 3 hari 2 malam berkampung di Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara (IABU) Jitra (12-14 Ogos 2017), akhirnya Seminar Kebangsaan Guru Cemerlang 2017 melabuhkan tirainya.


Menariknya, kali ini kami bertujuh berpeluang menyertai seminar hebat yang disertai oleh guru-guru cemerlang seluruh Malaysia ini disamping dapat mencurahkan khidmat bakti sebagai sebahagian daripada JK kerja yang terdiri daripada gabungan ahli Majlis Guru Cemerlang Negeri Kedah dan Perlis.



Finishing touch sebelum program

Bertugas di luar kawasan sepanjang minggu lepas sehingga pada hari pertama seminar dijalankan tidak menghalang kami untuk turun padang memberi komitmen terhadap seminar. 

Ketika peserta lain berduyun-duyun tiba pada pagi Sabtu 12 Ogos 2017, Ariffin masih bertugas di Jambori Pengakap Kedah Ke-5 & Persaudaraan Antarabangsa di Kolej Pertanian Bukit Tangga. Aishah dan Zahrul Fuad pula dalam perjalanan pulang dari Kem Tingkatan 4 di Bendang Man, Sik. 

Kesejukan hujan lebat yang membasahi bumi Jitra sepanjang hari pertama seminar tidak mematahkan semangat kami untuk menjayakan program ini.

Sesi pendaftaran di Residen Aminuddin Baki. Setiap peserta ditempatkan sebilik seorang. Bilik yang luas dan cozy! ;




Sesi taklimat peserta yang diadakan di Auditorium IAB oleh YDP dan Setiausaha MGC Kedah (En. Che Noranuwi Abd. Hamid dan Pn. Asmaniza Yop);




Sesi perkongsian keilmuan guru cemerlang pada malam pertama menampilkan pembentang dari Perlis, Perak, Kelantan dan Melaka. 


Pn. Aishah memecahkan tradisi tampil sebagai pengacara majlis!

Pembentang dari Perlis, Pn. Basyira bt Omar (SMK Agama Alawiyah (P) Kangar) 
dengan tajuk pembentangan
Method Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab : 
“Bahasa Arab Dekat di Hati”

Pembentang dari Perak, Pn. Suziyana bt Hassim (SMK King Edward VII)
dengan tajuk pembentangan
‘Gesture’ Membantu Pemahaman Konsep Sains

Pembentang dari Kelantan, En. Mohammad b Omar (SMK Bunut Susu, Kelantan) 
dengan tajuk pembentangan
Meningkatkan penguasaan fakta dan terminologi 
berkaitan tumbuhan menggunakan Taman Sains RG

Pembentang dari Melaka, En. Jasmi b Amin (SMK Malim, Melaka) 
dengan tajuk pembentangan
Pembelajaran Abad  ke-21 Dalam Pendidikan Islam: Eksplorasi Pintar Haji


Full house!

Sesi penyampaian cenderamata kepada para pembentang sesi perkongsian GC slot petama;




Bagaimana kami di belakang tabir?








Kisah lanjut ada di SINI

Tuesday 8 August 2017

MESYUARAT AJK SEMINAR KEBANGSAAN GURU CEMERLANG MALAYSIA 2017

Hari ni kami semua menghadiri mesyuarat jawatankuasa Seminar Kebangsaan Guru Cemerlang Malaysia bertempat di Institut Aminuddin Baki, Jitra. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YDP Majlis Guru Cemerlang Malaysia, Tn. Hj. Rodzli b Hashim yang akan bersara tak lama lagi.


Tak sampai seminggu seminar akan berlangsung. Dan semuanya mesti diselesaikan dengan baik, di saat semua kami juga akan sibuk dengan pelbagai tugasan rasmi yang lain minggu ini.





Semua GC iKUPs ditugaskan sebagai urus setia bagi slot perkongsian guru cemerlang, manakala Pn. Husni Syakirah akan membantu bagi urusan pendaftaran peserta. 

MGC iKUPs juga ditugaskan menyediakan video kejayaan GC seluruh Malaysia yang akan ditayangkan semasa majlis perasmian dan penutupan nanti. Untuk itu, kami turut melibatkan bakal GC iKUPs, Omar yang akan menyediakan bahan multimedia tersebut, di samping memberikan pendedahan kepada beliau tentang dunia GC secara tidak langsung!.