Monday 23 March 2020

MANFAATKAN CUTI DENGAN ULANGKAJI

Assalamualaikum semua!

Cuti pertengahan penggal pertama kali ni lebih lama disebabkan kerajaan mengarahkan kawalan pergerakan dalam usaha membendung wabak Covid 19 yang sedang melanda dunia ketika ini.

Oleh yang demikian, eloklah rasanya minggu kedua cuti ini dimanfaatkan dengan membuat ulangkaji pelajaran masing-masing.

Di bawah ini disertakan beberapa pautan latihan atas talian yang disediakan oleh para GC iKUPS untuk anda manfaatkan!

GEOGRAFI
disediakan oleh 
Cikgu Asmaniza, Guru Cemerlang Geografi

LATIHAN KEMAHIRAN GEOGRAFI 
(TING. 1, 2 DAN 3)
https://forms.gle/TF9bzW2woAKaN11T7

LATIHAN GEOGRAFI FIZIKAL 
(TING. 1, 2 DAN 3)
https://forms.gle/kiUciUwznQ5iGxtK8

BAHASA MELAYU
disediakan oleh 
Cikgu Ariffin, Guru Cemerlang Bahasa Melayu

LATIHAN PERIBAHASA
 https://forms.gle/LBkMarFECMYxPM7T9

BIOLOGI
disediakan oleh 
Cikgu Zahrul Fuad, Guru Cemerlang Biologi

LATIHAN PERGERAKAN DAN SOKONGAN (TING. 5)
https://forms.gle/kCgjvqHUh6Rx2tFS9

Selamat mengulangkaji!
Semoga bermanfaat untuk semua!




Saturday 22 February 2020

Kem KBAT Tingkatan 3 2020

Meneruskan tradisi kecemerlangan, MGC iKUPS telah membawakan kem Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) kepada pelajar-pelajar Tingkatan Tiga tahun 2020. Kem ini sepatutnya diadakan sewaktu mereka di tingkatan dua tahun lepas, tetapi atas beberapa masalah teknikal, ia ditunda ke 18 Fb 2020 tahun ini. Kem ini dijalankan di Inapan Siswa (Inasis) Petronas, Universiti Utara Malaysia dengan mendapat kolaboratif daripada MPP Inasis Petronas. 






Kem ini menggunakan Modul KBAT Tahap Pertengahan yang telah digubal oleh MGC iKUPS. Bertemakan Jom Makan!, kem ini terbahagi kepada dua aktiviti: aktiviti KBAT dalam subjek dan aktiviti Projek KBAT. Dalam aktiviti KBAT berasaskan mata pelajaran, sebanyak enam (6) stesen telah diwujudkan iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Geografi, Sains, Matematik dan edu-games. Kandungan aktiviti tersebut menjurus kepada pembelajaran berasaskan penyelesaian masalah dengan mementingkan konsep kolaboratif dan koperatif. Aktiviti di stesen Bahasa Melayu, sebagai contoh mengambil membina perkataan daripada kata induk dan penggunaan tarsia dalam pembelajaran. Subjek Sains pula menekankan aspek nutrisi dan pembiakan. 






Bagi projek KBAT, program ini diambil secara terpilih beberapa aktiviti dalam Project Based Learning . Pelajar digalakkan berkolaboratif dan berfikir secara kreatif untuk menyiapkan menu hidangan sihat berdasarkan keperluan setiap ahli kumpulan. Ahli kumpulan diukur BMI dan dikehendaki menjelaskan secara teori masalah setiap ahli kumpulan. Kemudian mereka dikehendaki menyediakan menu makanan yang seimbang menggunakn bahan-bahan yang disediakan urus setia. Aktiviti ini agak 'havoc' apabila peserta bersaing untuk menda[atkan bekalan bahan mentah dan mereka menu hidangan yang ringkas tetapi menepati solusi masalah pemakanan ahli kumpulan mereka. 







Program dirasmikan penutupannya oleh Pengetua Inasis Petronas, Tuan Haji Mohd Fairuz yang juga AJK PIBG SBPI Kubang Pasu. Beliau gembira kerana dapat membantu menjadikan pembelajaran pelajar lebih interaktif dan mengamalkan pendekatan kontekstual dalam membina pemikiran KBAT. Beliau juga berharap jaringan antara Inasis Petronas dengan sekolah akan terus diperkukuh dengan pelbagai aktviti yang menarik. Program berakhir jam 5.30 petang.

Thursday 23 January 2020

Permukiman 2020

Buat kali ketiganya, Majlis Guru Cemerlang (MGC) iKUPS kembali bermukim. Kali ini lokasi pilihan ialah pulau legenda, Pulau Langkawi. Selama tiga hari dua malam, de Baron Resort, Kuah menjadi tempat persantaian kami bertujuh: 6 orang GC dan Pengetua. Terima kasih tuan Pengetua yang sudi bersama-sama kami di sini! Dua orang GC lagi, Cikgu Husni dan Cikgu Asri tidak dapat bersama-sama kami pada kali ini atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.




Program 16-18 Januari ini bertujuan menetapkan hala tuju aktiviti MGC iKUPS pada tahun 2020. 17 Januari (Jumaat); agenda utama program bermula. Mesyuarat dan perbincangan kami tidaklah formal atau sampai 'pecah pala'. Santai-santai saja! Namun, walaupun santai kami tak berbincang tepi pantai, ya! Kami 'berkhalwat' lapan jam di dalam bilik mesyuarat. Bermula jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari; kemudian sambung lagi jam 2.00 hingga 6.00 petang. Boleh berasap jugaklah kepala kalau berfikir dengan stres. Mujur Pengetua kami pun chill-chill saja. Tak sempat berasap! Tak percaya? Tengoklah gambaq kami tengah memerah otak ni!





Air perahan otak??? ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚








Tak sah ke Langkawi kalau tak merasa makanan laut yang segar bugar ni! Jadi kami menyambung sesi perbincangan di Desa Permata Ikan Bakar! Errr... tapi agenda malam tu ialah hal-hal lain ;-)





Nasib baik ada tukang pilih, kalau dak tak makan kami malam tu!



Sabtu, 18 Januari: Kami menikmati keindahan Kilim Geoforest Park. Menikmati keindahan batuan jutaan tahun yang terbentuk di tanah air!






Tahang bot 'nambang, katenyer....



 Selepas menimati angin segar dan asin laut, kami diberi taklimat tentang batuan dan keistimewaan Geopark Kilim oleh  Pengurus Langkawi UNESCO Global Geopark (UGGp), En. Azmil Munif bin Mohd Bukhari. Banyak info rupanya! Selalunya kalau bersama-sama keluarga dan rakan-rakan, selepas mabuk laut di Klim, terus menikmati ikan bakar Buki Malut, tapi kali ini sijamu dengan maklumat yang tidak sedikit di Pusat Penerangan Geopark! Terima kasih, En. Azmil!







Alumni UKM tak lepas peluang!


Permukiman kali ini berakhir dengan cliche, lawatan ke Haji Ismail Group! :-) 


Insya-Allah, tahun depan kita bermukim lagi: tapi di mana?