Saturday 26 December 2015

KAMI




Pertemuan yang berlangsung pada 26 Mac 2015 ini, membawa kami bertemu secara dekat dengan Tn Haji Rodzli bin Hashim, NYDP MGC Negeri Kedah. Pertemuan selama hampir 4 jam itu, banyak memberi manfaat kepada kami yang mana baru ingin melebarkan sayap dalam kelompok Guru-guru Cemerlang di negeri Kedah, khususnya.


Antara titipan penting yang sempat dikutip dari Tuan Haji ialah, "kita juga seperti guru biasa, diberi tugas seperti guru-guru biasa, cuma apabila dilabel sebagai guru cemerlang, apa yang membezakan kita dengan guru-guru yang lain? Adakah tugas yang kita laksanakan itu, turut sama dengan apa yang guru lain lakukan? Di situlah perlu ada kelainannya, di situlah perlu ada kekreatifannya, keproaktifannya. Barulah layak kita berada di tahap ini." 


Sesi perkongsian ini amat santai tetapi sungguh bernilai. Banyak ilmu yang beliau curahkan dalam pertemuan dua hala ini. Lantaran mendapat cetusan oleh Tuan Haji,bahawa GC sebenarnya perlu bergerak di atas  sendiri (ekoran ada pentadbir sekolah yang tidak menyokong GC) maka, terilhamlah kami untuk memperkuatkan lagi persatuan GC di peringkat sekolah kami....Lantas pada tanggal 25 Ogos 2015 bermulalah AGM kami, iaitu mesyuarat penubuhan untuk kali yang pertama.


Pertemuan kami dengan tuan Haji berakhir pada jam 12.02 tgh dengan sesi penutupan penuh bermakna, "sekiranya cikgu-cikgu sekalian nak lagi saya datang, saya akan datang untuk bantu cikgu-cikgu sekalian..."



Julung-julung kalinya sejak saya bergelar GC, menghadiri seminar Tranformasi Kecemerlangan Pendididkan yang menghimpunkan semua Guru Cemerlang seluruh Negeri Kedah. Seminar berlangsung di Dewan SMK Ibrahim, Sungai Petani Kedah pada tanggal  16/8/2014


Di sini, kami sempat merakamkan foto pertama kami....yang dibarisi oleh, (dari kiri) GC Geografi, GC Matematik Tambahan, GC Bahasa Mandarin, GC Biologi, GC Bahasa Melayu dan GC Matematik. GC Sains (tiada dalam gambar)


Pertemuan serampang dua mata ini, menemukan kami dengan Pengarah Pelajaran Negeri, Datin Azuyah. Banyak ilmu dan nasihat dalam ucapannya yang mana melekat di hati saya..."Kita kena sayang, kena kasih kat anak murid kita..." 


Pertemuan bersurai setelah selesai sesi jamuan sempena Aidilfitri pada jam kira-kira 3.30 petang.




















Sunday 6 December 2015

FIKIR-FIKIRKAN....


Apa yang kita terfikirkan apabila melihat beberapa situasi di bawah....?
Sebenarnya gambar-gambar ini ,telah mengubah banyak persepsi manusia terhadap orang di sekelilingnya, malah juga ke atas diri kita sendiri. Mungkin ada di kalangan kita pernah terbaca post ini di mana-mana, tetapi apakan daya, dek minat mendalam terhadap kata-kata hikmat serta kata-kata motivasi, ini adalah sebahagian dari koleksi yang ingin sangat dikongsikan....boleh di sebar untuk membakar semangat pelajar jua.... 

Sahabatku sekalian...


"teruslah bertekun dalam bekerja, nescaya ada habuan menanti"


"jadilah manusia yang rajin dan berusaha lebih sedikit daripada orang lain agar kita boleh maju ke hadapan"


"ingatlah wahai sahabatku sekalian, kadang-kadang tidak semua orang yang ingin menolong kita, benar-benar ingin menolong kita"


"rugilah kita apabila berputus asa di atas usaha kita yang bertahun dahulu, sedangkan kita sudah hampir dengan garisan penyudah"


"perjuangan yang tidak disertai dengan strategi yang baik, akan mengundang padah di akhirnya"


"apalah dinanti pada  jalan yang mudah, andai  berpayah sedikit sampai jua ke destinasi"

selamat berfikir!


Monday 16 November 2015

Bengkel Pembinaan RPT BM Kubang Pasu

Bertempat di Bilik Mesyuarat PPD Kubang Pasu, Guru Cemerlang Bahasa Melayu SBPIKP telah bersama-sama dengan guru-guru Bahasa Melayu Tingkatan 4 & 5 daerah Kubang Pasu telah berkumpul bagi menjayakan bengkel pembinaan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) Bahasa Melayu Tingkatan 4 & 5. Cikgu Ariffin, GC BM I-KUPs telah dilantik sebagai fasilitator pembinaan RPT Tingkatan 4 manakala GC BM SM Sains Kubang Pasu sebagai fasilitator RPT Ting. 5. Program selama dua hari itu telah bermula pada 4 dan 5 November 2011. Bengkel anjuran bersama PPD Kubang Pasu, Panitia Bahasa Malaysia daerah Kubang Pasu dan MGC Kubang Pasu itu telah dihadiri oleh 12 orang guru BM dari sekolah-sekolah seluruh daerah tersebut. Pembinaan RPT ini bertujuan menyelaraskan topik yang akan dipelajari oleh pelajar pada tahun depan bagi memudahkan pembinaan item penilaian Ujian 1,2 dan 3. Hal ini sekali gus memudahkan panitia daerah merangka program-program 3P sepanjang tahun hadapan.
 
Bengkel ini telah memuktamadkan pembinaan RPT dan diserahkan kepada pihak Panitia BM Daerah untuk dimurnikan sebelum diedarkan ke- sekolah-sekolah menjelang cuti akhir tahun, tahun ini.

Friday 6 November 2015

PERKHEMAHAN PELAJAR TINGKATAN 3 2015 (PROGRAM SELEPAS PT3)

Tarikh : 2-4 November 2015
Tempat : Kem Paya Pahlawan, Jitra
Sasaran : Semua pelajar tingkatan 3

Antara aktiviti yang dijalankan;











Suasana kem yang kondusif;




Guru-guru yang sama-sama turun padang menjadi chef di sepanjang program;




Jom balik!




Sunday 4 October 2015

PEMENTORAN SBPIKP DENGAN SMK AGAMA KEDAH

Assalamualaikum semua...sekali lagi panitia Matematik Tambahan ikups muncul lagi dengan aktiviti memantapkan pengetahuan subjek di kalangan pelajar.
Selagi terdaya, apa yang boleh dilakukan, diarahkan akan sedia menurut perintah. Antara program dijalankan dalam bulan ini....kolaboratif bersama-sama SMK (A) Kedah...pementoran

Sesi perbincangan, merancang untuk melaksanakan program. Barisan guru yang hadir, otai-otai dari SMKAK dengan turut disertai oleh GK Sains dan Matematik mereka.



Pelajar-pelajar turut membantu "turun padang" sehari sebelum pementoran dilangsungkan. 




 Inilah modul yang digunakan.Telah diubahsuai oleh En. Mohd Rizal

Sebagaimana biasa, keberkesanan aktiviti Matematik tambahan ialah apabila belajar berkumpulan dijalankan. Pelajar perlu disusun dalam kumpulan dan menjawab soalan bersama-sama. 
Pastikan perbentangan kumpulan dijalankan...



Sejurus selesai sesi menjawab dan membentang, pelajar disusun ke dalam susunan menjawab peperiksaan....Dapatan yang diperoleh dalam kumpulan harus diuji....Markah direkod dan dibandingkan  dengan markah peperiksaan semasa...


Selesai sudah program, sedikit penyerahan tandahati kepada semua fasilitator yang terlibat. 
JASAMU DIKENANG







Monday 7 September 2015

YANG DITUNGGU DAH TIBA!

Alhamdulillah. Artikel ni sebenarnya dah lama disiapkan dan dihantar ke Unit Pendidikan Berita Harian atas permintaan En. Aliff, wartawan yang terlibat. Pada jangkaan saya, artikel ini akan disiarkan pada musim PT3 disebabkan tema inilah yang paling disebut-sebut akan keluar sebagai soalan bagi instrumen pelbagai. Memang betul, namun mungkin atas sebab-sebab tertentu, maka artikel bagi pelajar tingkatan 3 ini hanya dapat disiarkan pada hari ini. 

Walau bagaimanapun, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada BH atas peluang ini dan semoga input-input yang diberi bermanfaat kepada semua.


Artikel Kegiatan Ekonomi Malaysia dalam ruangan Info Folio, 
Minda Pendidikan, Berita Harian 8 September 2015


Menerima ucapan tahniah daripada rakan-rakan guru Geografi 
di telegram Geographerz Malaysia


Saturday 29 August 2015

PELANCARAN GIS-KIT UNTUK P&P GEOGRAFI

Alhamdulillah, setelah bertungkus-lumus menggembeleng idea antara ahli-ahli akademik Geografi negeri Kedah, Perlis dan UiTM Arau, penyelidikan demi penyelidikan, kajian rintis, percubaan demi percubaan serta beberapa penambaikan yang lain, akhirnya Unit Kecemerlangan UiTM Perlis dibawah Kumpulan Kerja Penyelidikan GIS In School telah berjaya mengadakan Seminar dan Majlis Pelancaran GIS-Kit untuk P&P Geografi Sekolah Menengah di UiTM Arau, Perlis pada 27 Ogos 2015 yang lalu. 


Tujuan utama program ini adalah sebagai satu inisiatif untuk mempromosikan Geographic Information System (GIS) dalam bidang pengajaran dan pembelajaran Geografi di sekolah menengah. Ia juga berfungsi untuk menambahbaik proses pembelajaran yang sedia ada. Penyelidikan ini telah menghasilkan satu inovasi aplikasi yang sesuai untuk pembelajaran Geografi di mana ia terhasil daripada sokongan pelajar dan guru-guru yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran Geografi sekolah negeri Kedah dan Perlis. 

Majlis pada kali ini diadakan khas untuk memberi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung serta sebagai penanda aras kepada inovasi terkini dalam memantapkan kualiti pengajaran dan pembelajaran Geografi di sekolah. 





Antara VIP yang dijemput, mewakili universiti, jabatan pendidikan negeri Kedah dan Perlis, serta tetamu utama, tuan rektor UiTM Arau;


Ucapan yang disampaikan oleh antara peneraju utama projek, Tn. Hj. Rodzli Hashim, 
YDP MGC Malaysia merangkap Pengerusi Panitia Geografi Negeri Kedah;

Perbincangan dengan ketua projek, Prof. Madya Dr. Zakaria Mat Arof, 
Ketua Pusat Pengajian, Fakulti Senibina Perancangan & Ukur (Geomatik) 
merangkap Ketua Projek GIS Team)


Tuan rektor di sesi sidang media RTM

Antara input yang dibentangkan dalam seminar;




Aplikasi GIS-KIT boleh dilayari melalui laman INI

Inilah kit yang dibina, perlu digunakan untuk 
mendapatkan maklumbalas bagi penambahbaikan

GIS Team Kedah

Tshirt rasmi GIS Team

Moga usaha yang sedikit ini akan memberi manfaat yang besar kepada pendidikan Geografi sekolah menengah, sekaligus membantu meluaskan ruang untuk subjek ini terus bertakhta sebagai salah satu subjek penting di persada pendidikan negara selepas ini, Insya Allah.