Saturday 22 February 2020

Kem KBAT Tingkatan 3 2020

Meneruskan tradisi kecemerlangan, MGC iKUPS telah membawakan kem Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) kepada pelajar-pelajar Tingkatan Tiga tahun 2020. Kem ini sepatutnya diadakan sewaktu mereka di tingkatan dua tahun lepas, tetapi atas beberapa masalah teknikal, ia ditunda ke 18 Fb 2020 tahun ini. Kem ini dijalankan di Inapan Siswa (Inasis) Petronas, Universiti Utara Malaysia dengan mendapat kolaboratif daripada MPP Inasis Petronas. 






Kem ini menggunakan Modul KBAT Tahap Pertengahan yang telah digubal oleh MGC iKUPS. Bertemakan Jom Makan!, kem ini terbahagi kepada dua aktiviti: aktiviti KBAT dalam subjek dan aktiviti Projek KBAT. Dalam aktiviti KBAT berasaskan mata pelajaran, sebanyak enam (6) stesen telah diwujudkan iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Geografi, Sains, Matematik dan edu-games. Kandungan aktiviti tersebut menjurus kepada pembelajaran berasaskan penyelesaian masalah dengan mementingkan konsep kolaboratif dan koperatif. Aktiviti di stesen Bahasa Melayu, sebagai contoh mengambil membina perkataan daripada kata induk dan penggunaan tarsia dalam pembelajaran. Subjek Sains pula menekankan aspek nutrisi dan pembiakan. 






Bagi projek KBAT, program ini diambil secara terpilih beberapa aktiviti dalam Project Based Learning . Pelajar digalakkan berkolaboratif dan berfikir secara kreatif untuk menyiapkan menu hidangan sihat berdasarkan keperluan setiap ahli kumpulan. Ahli kumpulan diukur BMI dan dikehendaki menjelaskan secara teori masalah setiap ahli kumpulan. Kemudian mereka dikehendaki menyediakan menu makanan yang seimbang menggunakn bahan-bahan yang disediakan urus setia. Aktiviti ini agak 'havoc' apabila peserta bersaing untuk menda[atkan bekalan bahan mentah dan mereka menu hidangan yang ringkas tetapi menepati solusi masalah pemakanan ahli kumpulan mereka. 







Program dirasmikan penutupannya oleh Pengetua Inasis Petronas, Tuan Haji Mohd Fairuz yang juga AJK PIBG SBPI Kubang Pasu. Beliau gembira kerana dapat membantu menjadikan pembelajaran pelajar lebih interaktif dan mengamalkan pendekatan kontekstual dalam membina pemikiran KBAT. Beliau juga berharap jaringan antara Inasis Petronas dengan sekolah akan terus diperkukuh dengan pelbagai aktviti yang menarik. Program berakhir jam 5.30 petang.