Friday 30 September 2016

ANUGERAH KHAS PANITIA PT3


Alhamdulillah. Together we stand. The more you give, the more you will get back!
TQ Allah :-)


Tuesday 27 September 2016

SAAT-SAAT KEBENARAN HAMPIR TIBA!

Perjumpaan terakhir Ayahanda Pengetua dengan guru dan staf sokongan berlangsung dalam suasana yang agak suram di Bilik Kuliah Ibnu Maskawih pagi ini. Mungkin disebabkan beliau merasakan tidak lagi berpeluang berjumpa semua guru dan staf dek kesibukan menguruskan majlis persaraan beliau esok, jadi inilah masa yang sesuai untuk saling bertemu bagi meninggalkan amanat-amanat terakhir sebelum beliau meninggalkan iKUPS.




Seperti selalu, beliau tidak pernah lupa menyantuni kami dengan pelbagai tanda ingatan. Seperti seorang ayah, beliau menyerahkan buah tangan kepada setiap guru dan staf.





Kecil, tetapi penuh bermakna.


Di penghujung pertemuan, kami mengambil kesempatan untuk saling memohon kemaafan sepanjang 7 tahun berjuang bersama. 7 tahun bukanlah suatu masa yang singkat, dan tidak juga suatu perjalanan yang panjang. Tetapi jatuh dan bangun dalam satu perjuangan adalah lumrah. Tinggal kini bagaimana kita semua akan kembali meneruskan legasi kecemerlangan iKUPS, dengan kesatuan hati serta visi yang dikongsi bersama.



Monday 19 September 2016

SPA GEOGRAFI : SPECIAL, PERSONAL & ATTENTION IN GEOGRAPHY

SPA Geografi hanyalah sebuah bilik Geografi biasa, untuk kegunaan yang luar biasa. Selain menjadi medan P&P serta aktiviti-aktiviti persatuan dijalankan, bilik ini juga sering menjadi tempat pelajar Geografi yang belum mencapai standard akademik yang ditetapkan dalam mata pelajaran ini dibantu melalui sesi 'tera-geo' (terapi Geografi / terror Geo!) secara khusus dan istimewa :-)

Antara kemudahan yang terdapat dalam bilik ini termasuklah;



Sudut-sudut info


Sudut aksesori PERGEO




Sudut bahan-bahan rujukan



Sudut fosil dan batuan

 

Ruangan SPA dan sudut kaji cuaca mini
  

Sudut eksplorasi Geografi


Koridor Geografi

Harapan kami agar usaha kecil ini akan dapat membantu pelajar dalam pembelajaran mereka, sekaligus memenuhi hasrat dan aspirasi panitia iaitu Geografi bukan sekadar untuk dipelajari, malah turut dihayati!

Wednesday 14 September 2016

LEGA SELESAI KURSUS I-THINK DALAM TALIAN (KiDT)

Syukur Alhamdulillah, akhirnya perjuangan iThink dapat disempurnakan dengan jayanya. 
 

Dalam kesibukan kerja dan tugasan yang tak berkesudahan, saya dah tak mahu bertangguh lagi. Selama 3 bulan menyelesaikan secara berdikit-dikit dengan penuh kesabaran menghadapi pelbagai kerenah sistem :-), akhirnya pagi 13 Zulhijjah, perjuangan telah sampai ke garisan penamat.

Haha, orang lain dah lama selesai. Tak apalah, asalkan saya dah capai GOAL yang telah saya sasarkan!