Saturday 29 August 2015

PELANCARAN GIS-KIT UNTUK P&P GEOGRAFI

Alhamdulillah, setelah bertungkus-lumus menggembeleng idea antara ahli-ahli akademik Geografi negeri Kedah, Perlis dan UiTM Arau, penyelidikan demi penyelidikan, kajian rintis, percubaan demi percubaan serta beberapa penambaikan yang lain, akhirnya Unit Kecemerlangan UiTM Perlis dibawah Kumpulan Kerja Penyelidikan GIS In School telah berjaya mengadakan Seminar dan Majlis Pelancaran GIS-Kit untuk P&P Geografi Sekolah Menengah di UiTM Arau, Perlis pada 27 Ogos 2015 yang lalu. 


Tujuan utama program ini adalah sebagai satu inisiatif untuk mempromosikan Geographic Information System (GIS) dalam bidang pengajaran dan pembelajaran Geografi di sekolah menengah. Ia juga berfungsi untuk menambahbaik proses pembelajaran yang sedia ada. Penyelidikan ini telah menghasilkan satu inovasi aplikasi yang sesuai untuk pembelajaran Geografi di mana ia terhasil daripada sokongan pelajar dan guru-guru yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran Geografi sekolah negeri Kedah dan Perlis. 

Majlis pada kali ini diadakan khas untuk memberi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung serta sebagai penanda aras kepada inovasi terkini dalam memantapkan kualiti pengajaran dan pembelajaran Geografi di sekolah. 





Antara VIP yang dijemput, mewakili universiti, jabatan pendidikan negeri Kedah dan Perlis, serta tetamu utama, tuan rektor UiTM Arau;


Ucapan yang disampaikan oleh antara peneraju utama projek, Tn. Hj. Rodzli Hashim, 
YDP MGC Malaysia merangkap Pengerusi Panitia Geografi Negeri Kedah;

Perbincangan dengan ketua projek, Prof. Madya Dr. Zakaria Mat Arof, 
Ketua Pusat Pengajian, Fakulti Senibina Perancangan & Ukur (Geomatik) 
merangkap Ketua Projek GIS Team)


Tuan rektor di sesi sidang media RTM

Antara input yang dibentangkan dalam seminar;




Aplikasi GIS-KIT boleh dilayari melalui laman INI

Inilah kit yang dibina, perlu digunakan untuk 
mendapatkan maklumbalas bagi penambahbaikan

GIS Team Kedah

Tshirt rasmi GIS Team

Moga usaha yang sedikit ini akan memberi manfaat yang besar kepada pendidikan Geografi sekolah menengah, sekaligus membantu meluaskan ruang untuk subjek ini terus bertakhta sebagai salah satu subjek penting di persada pendidikan negara selepas ini, Insya Allah.


Wednesday 26 August 2015

PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK



Menjelang peperiksaan percubaan spm, pelbagai aktiviti telah dirangka dan dilaksanakan.Semuanya adalah bertujuan untuk membantu pelajar memperbaiki prestasi Matematik Tambahannya, dan sekaligus membantu memperbaiki prestasi sekolah.

Antara program yg dijalankan:

Program: All A+ for Add Maths
Venue: Naza Academy, Gurun
Tarikh: 2,3 & 4 Ogos 2015

Kumpulan Sasaran pelajar: 20 calon straight A+




 Barisan guru Add Maths yang terlibat terdiri dari wakil setiap sekolah di zon Utara Utara.

Sekitar mekanisme perjalanan program. Pelajar dibekalkan dengan modul yang agak tinggi aras soalannya.Pelajar diwajibkan menyelesaikan kesemuanya dalam kumpulan.Untuk soalan yang gagal diselesaikan, guru selaku fasilatator akan membantu, dan berbincang bersama-sama.

Manfaat utama yang diperoleh ialah, pelajar mendapat stamina yang kuat untuk berhadapan apa jua aras kesukaran soalan di samping dapat mengembangkan kepakaran menjawab kepelbagaian soalan...



Tuesday 25 August 2015

SEMINAR & AGM MGCDKP 2015

Bertempat di SMK Bandar Baru Darulaman (BUDIMAN), Jitra seramai empat orang guru cemerlang i-KUPs telah bersama-sama menjayakan Seminar Pengajaran & Pembelajaran Abad ke - 21 & Mesyuarat Agung Tahunan MGC Daerah Kubang Pasu. Seminar yang dijalankan pada 19 Ogos 2015 di Bilik Seminar BUDIMAN disampaikan oleh Pn. Aishah bt Mokhtar, Guru Cemerlang Kimia Gred Khas C dari SMK Jitra. Dalam penyampaiannya, beliau menerangkan konsep pembelajaran abad ke-21 dan ciri-ciri P&P yang menyokong ke arah pembelajaran abad ke-21. Secara ringkasnya, pembelajaran abad ke-21 mementingkan konsep guru sebagai fasilitator. 


Seterusnya, Mesyuarat Agung Tahunan MGCDKP telah dijalankan pada jam 12.30 tengah hari. Dalam mesyuarat itu, dua orang GC i-KUPs telah terpilih sebagai AJK daerah, iaitu Pn. Asmaniza bt Yop sebagai Penolong Setiausaha dan En. Mohd Asri bin Md Saad sebagai AJK. Perasmian penutupan telah dibuat oleh Tuan Haji Abd. Razak bin Mat, Pegawai Pendidikan Daerah Kubang Pasu pada jam 1.45 tgh. Semoga aktiviti ini mampu meningkatkan kecemerlangan guru cemerlang daerah Kubang Pasu, khususnya di SBPI Kubang Pasu.


PERJUMPAAN MAJLIS GURU CEMERLANG SBP INTEGRASI KUBANG PASU

Setelah hampir 5-6 tahun bergerak secara solo dan tersendiri, kini kami bersatu di bawah satu visi. Dan setelah melalui dua sesi perkongsian ilmu dan percambahan ide, maka buat julung-julung kalinya, MGC iKUPS dimahsyurkan secara rasmi dalam satu perjumpaan ringkas di Bilik Mesyuarat As Syura hari ini.

JK MGC iKUPS 2015

Penasihat
En. Baharudin Osman
Pengetua

Caretaker
En. Hisamuddin Kamis
Pen. Kanan  

Pengerusi
En. Ariffin Salleh

Setiausaha
Pn. Husni Syakirah Ab. Rahman

Bendahari
Pn. Aishah Ramly

Biro Dokumentasi
Pn. Asmaniza Yop

Biro Kajian Tindakan
En. Mohd. Asri Md. Saad

Biro Inovasi
En. Zahrul Fuad b Yang Razali

Biro Kolaboratif
En. Teh Chee Hui

 
Bermusyawwarah sambil mempelajari cara mengendalikan blog 

Semoga GC iKUPS akan lebih kompeten dan berdayasaing, serta mampu menjadi insan yang bermanfaat ke arah kecemerlangan pendidikan iKUPS khasnya!

Thursday 20 August 2015

PROGRAM GEODIVERSITI LANGKAWI PENUH INFORMASI

Tarikh : 31 Julai - 1 Ogos 2015
Tempat : Pulau Langkawi
Sasaran : Guru-Guru Geografi Negeri Kedah

Selepas kejayaan menakluk Krabi-Hatyai, kali ni Panitia Geografi Negeri Kedah menjelajah Pulau Langkawi, untuk melihat kekayaan geodiversiti pulau lagenda yang hebat ini. Program yang dijalankan dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Mahsuri Travel ini berlangsung selama 2 hari 1 malam dan berjalan dengan lancar seperti yang dijadualkan. 



Langkawi, kami datang.



Makan tengah hari dulu di Kuah sebelum check in penginapan



Penginapan di De Baron Resort , Pekan Rabu yang sangat selesa



















Lawatan ke kilang gamat dan membeli belah di gudang batik jawa asli






























Lawatan ke Oriental Village di kaki Banjaran Machinchang untuk melihat kebesaran Allah menerusi banjaran hogback batu pasir berusia 500 juta tahun yang tersergam indah



Hari kedua, check out lebih awal sebelum bertolak ke Kilim. Program di Kilim ditaja sepenuhnya oleh pihak LADA Langkawi.



Menerima taklimat perjalanan program daripada En. Mohd. Shahril Shuib, pegawai Geopark


Perjalanan menaiki bot meninjau hutan bakau Kilim yang indah










Penerangan En. Shahril tentang keunikan Gua Kelawar dari segi formasi batuan, koloni kelawar serta ekosistem hutan paya bakau yang mengelilinginya. Gua Kelawar merupakan gua terbesar di kawasan Kilim. Kompleks gua ini terdiri daripada sekurang-kurangnya dua tingkat gua yang dihubungkan oleh beberapa lohong menegak. Menariknya, gua di aras bawah berada pada aras sekitar 2 meter, manakala gua atas terletak pada paras 7 meter di atas aras laut sekarang. Di dalam Gua Kelawar banyak didapati fitur yang menarik. Pelbagai bentuk stalagtit, stalagmit dan juga tiang kalsit dapat dilihat di dalam dan di luar gua ini.   




Eagle feeding. Menurut staf LADA, Mimi dan juga pemandu bot, terdapat lebih kurang 19 spesis burung helang yang terdapat di Langkawi dan antara spesies yang terkenal adalah spesis Brahminy Kite. Makanan yang biasanya diberikan adalah kulit atau perut ayam kerana ia boleh terapung dan memudahkan helang turun menyambar. 



Antara topografi kars Formasi Setul yang terukir indah secara semulajadi. Batu kapur di sini mudah dilarut terutama melalui rekahan dan membentuk topografi kars yang dicirikan oleh bukit terasing atau banjaran bukit yang bertebing curam. Pelarutan juga membentuk lubang benam (dolina) dan gua di samping
saliran bawah tanah. 


Bot bergerak menuju ke Lautan Andaman dan kali ini, kami dapat melihat ukiran alam di batu kapur berupa wajah ‘red indian’ dan bayi


Monumen indah batu kapur Setul , di mana bahagian atasnya menyerupai seekor penyu ini merupakan lokasi wajib bagi semua pengunjung trip bergambar



Gembira bercampur kagum dengan keindahan landskap geotaman pertama di Asia Tenggara ini


Deretan kapal layar persendirian yang parkir di kawasan ini. Selain Sg. Kilim, kami dimaklumkan Awana Porto Malai dan Teluk Burau turut menjadi kawasan parkir pilihan bagi pemilik kapal-kapal layar persendirian ini



Ada di antara peserta kami yang dapat melawat fish farm yang turut menempatkan restoran terapung Hole in The Wall. Ikan-ikan pelbagai spesies beserta beberapa hidupan laut yang lain diternak dengan menggunakan kaedah akuakultur. Antara yang menarik perhatian ialah belangkas dan peluang memberi makan ikan pari yang sungguh mengujakan!





Gua Buaya. Malangnya kami tidak berpeluang melihat bentuk gua yang dikatakan seakan mulut buaya kerana air sudah pasang pada ketika ini




Seronok betul bila berpeluang meneroka Kilim Geoforest Park sambil menikmati pemandangan indah topografi kars berusia lebih 400 juta tahun (Ordovisi)






Setibanya di jeti Kilim, juadah makan tengah hari telah siap menunggu. Sudah mengantuk disorongkan bantal, perut sudah lapar, jadi tunggu apa lagi, kan. Dan lepas tu begitu khusyuk menikmati juadah yang disajikan!





Penyampaian cenderamata dari Panitia Geografi Negeri Kedah kepada pihak LADA Langkawi, yang disampaikan oleh Tn. Hj. Rodzli Hashim, Pengerusi Panitia Geografi Negeri Kedah







Antara yang menjayakan program ini. Peserta terdiri daripada guru-guru Geografi semua daerah di negeri Kedah.

Panitia Geografi berharap agar program ini menjadi titik permulaan bagi penganjuran program-program seumpamanya pada masa akan datang!