Wednesday 9 March 2016

PERJUMPAAN GURU CEMERLANG DENGAN PENGARAH PENDIDIKAN KEDAH

Pada 9 Mac 2016 yang lalu, Majlis Guru Cemerlang Negeri Kedah telah menganjurkan satu majlis perjumpaan antara GC negeri Kedah dengan Tuan Pengarah Pendidikan Negeri, YBhg. Dato' Hjh. Azuyah Hassan, bertempat di Bilik Mesyuarat Permata Minda, PPD Kota Setar. Objektif pelaksanaan majlis yang dihadiri oleh GC-GC dari seluruh pelusuk negeri Kedah ini adalah bertujuan untuk refresh minda para GC disamping menyuntik semangat dan motivasi agar roh perjuangan demi kecemerlangan pendidikan negeri Kedah akan terus membara.





Dalam ucapan Dato' Pengarah, antara pesanan beliau kepada kami :
  • Kita bukan ketua kecemerlangan di sekolah, tapi berperananlah sebagai insan cemerlang yang sentiasa sedar tugas dan tanggungjawab sebagai guru dan pendidik yang akan menghasilkan warganegara yang kita inginkan.
  • Jaga subjek kita.
  • Kita dilihat sesetengah orang sebagai idola. Jangan merungut, belajar untuk redha.
  • Di sekolah, kita ada ketua. Bahagialah dengan kehidupan yang kita ada. Hormat ketua kita.
  • Skrip Allah perfect, tak seperti skrip kita yang cacat-cela.
  • Buat kerja jangan bergaduh. Kalau tak tenang dengan keadaan sedia ada, salurkan pendapat ke jalan yang betul.
  • Jadi pendengar yang baik.
  • Jaga hubungan dengan rakan sejawat yang lain, tahu batas pergaulan lelaki dan wanita.
Ringkas saja pesanan beliau, tapi sebagai bekas GC dan pendidik senior, pesanan tersebut memang dalam.







Usai ucaptama tersebut, Dato' Pengarah meninggalkan majlis atas urusan rasmi yang lain. Majlis kemudiannya diteruskan dengan wacana daripada Tuan Ketua Sektor Pengurusan Akademik JPN Kedah, En. Abdul Aziz Selaiman.






Antara intipati wacana ialah:

  • Ambil berat tentang effective teaching time dan effective learning time. Kenalpasti di mana kekurangan kita. Go deeper during the curriculum discussions!.
  • Jangan buat blanket programme, iaitu program akademik bersifat umum, sebaliknya laksanakan program yang tepat kepada golongan sasaran.
  • Setiap murid berhak mendapat pendidikan terbaik.
  • Fasa kedua PPPM ialah masa untuk memecut!.
  • 5 perkara dalam tindakan pantas :
    • Hayati visi dan misi pendidikan
    • Nilai kemampuan melaksanakan inisiatif
    • Bina apa yang perlu dilaksanakan
    • Bertindak berdasarkan perancangan
    • Berupaya membuat lonjakan dan anjakan untuk merealisasikan matlamat
    • Pemantauan yang mantap terhadap apa yang diputuskan bersama, nilai kecekapan dan pencapaian termasuk halangan, lalu segera membuat pembetulan
  • Pelaksanaan kerja bersama:
    • Kebersamaan
    • Kesegeraan dalam membuat keputusan dan melaksanakan tugas
    • Ghairah (passionate), rasa memiliki dan kebersamaan, letakkan harapan yang tinggi, kepuasan
    • Tercabar untuk lebih bergerak
    • Disiplin dengan jadual kerja dan menuju sasaran
    • Fokus dengan mendalam dan tepat berdasarkan data sedia ada
  • Sediakan dan laksanakan PILL sebaiknya.
  • Harapan:
    • Buat refleksi dan penambahbaikan
    • Kukuhkan usaha dengan agenda sedia ada
    • Laksanakan idea-idea baru secara kreatif dan inovatif
    • Lestarikan kecemerlangan
    • Bergerak gagah dalam ranjau yang perlu diredah
  • Raikan perbezaan dalam kalangan murid kita. Anggap perbezaan membuka banyak peluang!.
  • Beat our own result!.
Tn. Hj. Zakaria Zainol, Timbalan Ketua Nazir, JNJK Kedah menutup majlis dengan membincangkan isu semasa GC.



Beliau menegaskan tentang pentingnya mengamalkan SEEDS untuk peningkatan produktiviti seorang GC iaitu:
  • S Sleep (tidur yang cukup)
  • E Eat (makan makanan seimbang mengikut piramid makanan)
  • E Exercise (lakukan senaman secara konsisten)
  • D Drink (minum air masak secukupnya, sekurang-kurangnya 8 gelas sehari)
  • S Suplemen (pengambilan makanan tambahan untuk memenuhi keperluan nutrisi)
Penyampaian kesemua panel yang santai dan bersahaja membuatkan peserta semua tidak kering gusi, namun mesej yang disampaikan sangat berguna untuk kami meneruskan perjuangan tugas di sekolah.


Monday 7 March 2016