Wednesday 31 October 2018

PERJUANGAN SEMAKIN HAMPIR KE KEMUNCAK

Buat anak-anak Elto Infisst yang akan menduduki peperiksaan SPM tak lama lagi, 
MGC iKUPs senantiasa tampil memberi sokongan tidak berbelah bahagi dalam perjuangan kalian


Janji buat yang terbaik!

Wednesday 10 October 2018

KEM KBAT TINGKATAN 1 DAN KEM KBAT TINGKATAN 2

Syukur kepada Allah, akhirnya di saat sesi persekolahan 2018 mula menghampiri penghujung, MGC iKUPs dapat juga melaksanakan Kem KBAT kepada murid-murid tingkatan 1 dan 2. Jadual iKUPs tahun ni sangat padat sampaikan hujung minggu pun berebut bas untuk ke program dan pertandingan. Jangan tak tau, nak merealisasikan kem ni pun, kami terpaksa gunakan perkhidmatan bas luar. Syukur juga pemandu JENAN pun turut sama membantu mengangkut pulang anak-anak ni :-)

Sebenarnya ni tahun kedua MGC iKUPs buat Kem KBAT. Kali pertama dilaksanakan pada tahun lepas di mana di kem tersebut kami jalankan pilot test terhadap modul yang kami buat. Hasilnya memang bagus. Sebab itulah pelaksanannya diteruskan lagi tahun ini.

Untuk tahun 2018, pengisian kali ini hampir sama macam sebelum ini, cuma kami pelbagaikan tugasan yang bukan sahaja menguji daya pemahaman, penguasaan dan kreativiti murid, tetapi juga menyebabkan murid-murid terpaksa berfikir di luar kotak untuk menyelesaikan masalah yang diberi (problem based learning).

Kedua-dua kem untuk tingkatan 1 (beginner level) dan 2 (intermediate level) dijalankan di Kem Paya Pahlawan, Jitra pada tarikh yang berbeza, di mana pelaksanaannya adalah seperti berikut :

  • Taklimat perjalanan program
  • Pendedahan tentang KBAT dan i-Think dalam PAK21
  • Pembahagian kumpulan (koperatif dan kolaboratif, interpersonal dan intrapersonal) 
  • SLOT 1 - Kumpulan murid bergerak dari satu stesen ke satu stesen dalam masa yang ditetapkan. Stesen-stesen yang terlibat menggunakan modul KBAT bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik dan Geografi serta sebuah stesen permainan. Modul-modul ini digubal mengikut tema yang dipilih iaitu 'JOM MAKAN'. Setiap kumpulan diberikan tugasan mengikut disiplin subjek dan diminta menyampaikan dapatan dalam bentuk peta pemikiran yang sesuai. Setiap murid dalam kumpulan dipantau keaktifan mereka oleh fasilitator dan diberikan stiker dengan warna khas. Murid yang mempunyai stiker keaktifan paling banyak paling aktif akan dipilih sebagai peserta terbaik di akhir kem.
(untuk kem kali ini, classroom currency sebagai penjana semangat tidak digunakan seperti kem yang lepas)

  • SLOT 2 - Bagi murid tingkatan 1, mereka diminta berbincang dalam kumpulan menu makanan yang sihat mengikut nilai kalori dsb, dan mempromosikan kepada rakan-rakan yang lain dalam bentuk iklan. Penilaian kumpulan terbaik akan dibuat oleh pihak juri.
Bagi murid tingkatan 2, mereka dibahagikan kepada 2 projek iaitu
  1. Mengira BMI
  2. Menghasilkan menu makanan sihat sebagai produk jualan kumpulan

Kem KBAT Tingkatan 1 pada 3 Oktober 2018;






Kem KBAT Tingkatan 2 pada 10 Oktober 2018;


  
Seronok abang dan kakak fasi ni;





Meriah!

 



Sesi penghakiman oleh para juri untuk tugasan menyediakan makanan sihat; 


Gigih mengira BMI rakan-rakan (pengumpulan data); 


Ketua batch menyatakan refleksi terhadap aktiviti yang dilalui;



Sepanjang program dilaksanakan, MGC iKUPs prihatin terhadap penerapan 4K (kreativiti, kritis - critical thinking, kolaborasi dan komunikasi) serta 1N (nilai dan etika). Seperti yang kita sedia maklum, pembelajaran abad ke-21 bukanlah hanya berteraskan kepada susun atur meja serta penggunaan tools sahaja, sebaliknya lebih besar daripada itu.  
Paling penting semestinya proses pembelajaran yang dilalui ialah student centered dan bagaimanakah impak yang diperolehi mereka.
Lepas pasca nilai program dibuat nanti, insyaAllah dapatlah kami siapkan modul KBAT ini, moga-moga modul ini akan bermanfaat sebagai rujukan guru-guru lain dalam menjayakan kesemua teras pembelajaran abad ke-21 ini dalam PdPc mereka.

Untuk para fasi?

Reward KFC untuk mereka. Untunglah!