Saturday 26 December 2015

KAMI




Pertemuan yang berlangsung pada 26 Mac 2015 ini, membawa kami bertemu secara dekat dengan Tn Haji Rodzli bin Hashim, NYDP MGC Negeri Kedah. Pertemuan selama hampir 4 jam itu, banyak memberi manfaat kepada kami yang mana baru ingin melebarkan sayap dalam kelompok Guru-guru Cemerlang di negeri Kedah, khususnya.


Antara titipan penting yang sempat dikutip dari Tuan Haji ialah, "kita juga seperti guru biasa, diberi tugas seperti guru-guru biasa, cuma apabila dilabel sebagai guru cemerlang, apa yang membezakan kita dengan guru-guru yang lain? Adakah tugas yang kita laksanakan itu, turut sama dengan apa yang guru lain lakukan? Di situlah perlu ada kelainannya, di situlah perlu ada kekreatifannya, keproaktifannya. Barulah layak kita berada di tahap ini." 


Sesi perkongsian ini amat santai tetapi sungguh bernilai. Banyak ilmu yang beliau curahkan dalam pertemuan dua hala ini. Lantaran mendapat cetusan oleh Tuan Haji,bahawa GC sebenarnya perlu bergerak di atas  sendiri (ekoran ada pentadbir sekolah yang tidak menyokong GC) maka, terilhamlah kami untuk memperkuatkan lagi persatuan GC di peringkat sekolah kami....Lantas pada tanggal 25 Ogos 2015 bermulalah AGM kami, iaitu mesyuarat penubuhan untuk kali yang pertama.


Pertemuan kami dengan tuan Haji berakhir pada jam 12.02 tgh dengan sesi penutupan penuh bermakna, "sekiranya cikgu-cikgu sekalian nak lagi saya datang, saya akan datang untuk bantu cikgu-cikgu sekalian..."



Julung-julung kalinya sejak saya bergelar GC, menghadiri seminar Tranformasi Kecemerlangan Pendididkan yang menghimpunkan semua Guru Cemerlang seluruh Negeri Kedah. Seminar berlangsung di Dewan SMK Ibrahim, Sungai Petani Kedah pada tanggal  16/8/2014


Di sini, kami sempat merakamkan foto pertama kami....yang dibarisi oleh, (dari kiri) GC Geografi, GC Matematik Tambahan, GC Bahasa Mandarin, GC Biologi, GC Bahasa Melayu dan GC Matematik. GC Sains (tiada dalam gambar)


Pertemuan serampang dua mata ini, menemukan kami dengan Pengarah Pelajaran Negeri, Datin Azuyah. Banyak ilmu dan nasihat dalam ucapannya yang mana melekat di hati saya..."Kita kena sayang, kena kasih kat anak murid kita..." 


Pertemuan bersurai setelah selesai sesi jamuan sempena Aidilfitri pada jam kira-kira 3.30 petang.




















Sunday 6 December 2015

FIKIR-FIKIRKAN....


Apa yang kita terfikirkan apabila melihat beberapa situasi di bawah....?
Sebenarnya gambar-gambar ini ,telah mengubah banyak persepsi manusia terhadap orang di sekelilingnya, malah juga ke atas diri kita sendiri. Mungkin ada di kalangan kita pernah terbaca post ini di mana-mana, tetapi apakan daya, dek minat mendalam terhadap kata-kata hikmat serta kata-kata motivasi, ini adalah sebahagian dari koleksi yang ingin sangat dikongsikan....boleh di sebar untuk membakar semangat pelajar jua.... 

Sahabatku sekalian...


"teruslah bertekun dalam bekerja, nescaya ada habuan menanti"


"jadilah manusia yang rajin dan berusaha lebih sedikit daripada orang lain agar kita boleh maju ke hadapan"


"ingatlah wahai sahabatku sekalian, kadang-kadang tidak semua orang yang ingin menolong kita, benar-benar ingin menolong kita"


"rugilah kita apabila berputus asa di atas usaha kita yang bertahun dahulu, sedangkan kita sudah hampir dengan garisan penyudah"


"perjuangan yang tidak disertai dengan strategi yang baik, akan mengundang padah di akhirnya"


"apalah dinanti pada  jalan yang mudah, andai  berpayah sedikit sampai jua ke destinasi"

selamat berfikir!