Seramai 5 orang ahli MGC iKUPS terlibat meramaikan program Benchmarking dan Teambuilding MGC Daerah Kubang Pasu ke Selatan Thailand pada 12-13 Julai 2019. Program yang bertujuan membina hubungan dengan institusi pendidikan di Selatan Thailand ini mendapat kerjasama penuh daripada Pejabat Pendidikan Wilayah Songkha. Pegawai mereka, En. Romlee Sumalee. Kami menzirahi sebuah sekolah swasta, Burumsuksa Islamic Boarding Shcool, Satun yang mengintegrasikan kurikulum penddikan agama dan kurikulum Thailand. Menarinya, walaupun sekolah ini ialah sekolah agama, mereka mengajarkan kemahiran hidup seperti pertanian, pertukangan tangan dan lain-lain sebagai sebahgian daripada kurikulum mereka. Jadi, bagi pelajar yang memperoleh preatasi yang baik dalam pelajaran mereka akn menyambung pengajian di peringkat tinggi, tetapi bagi mereka yang berhasrat untuk terus bekerja selepas pendidikan mereka; kemahiran yng dimili membolehkan mereka membina kerjaya sendiri. Lawatan ini sungguh bermakna bagi menjalinkan hubungan yang lebih erat dengan negara jiran, yang kebetulan hanya 'sebelah pagar' sahaja dari iKUPS!
Showing posts with label Majlis Guru Cemerlang Daerah Kubang Pasu. Show all posts
Showing posts with label Majlis Guru Cemerlang Daerah Kubang Pasu. Show all posts
Friday, 19 July 2019
Thursday, 25 May 2017
MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH KUBANG PASU
Pada 25 Mei 2017, bertempat di Dewan Sri Mas, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Jitra, telah diadakan sambutan perayaan Hari Guru Peringkat Daerah Kubang Pasu. Majlis telah disempurnakan oleh YB Dato' Sri Mohd. Johari b Hj. Baharom, Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia, merangkap Ahli Parlimen Daerah Kubang Pasu.
Alhamdulillah 2 orang GC iKUPs telah menerima Anugerah Guru Akademik Cemerlang Sekolah Menengah iaitu En. Zahrul Fuad b Yang Razali dan Pn. Asmaniza bt Yop.
Bersama para GC Daerah Kubang Pasu yang turut sama menerima anugerah
Menerima anugerah daripada YB Dato' Jo
Bergambar kenangan bersama Datin Paduka Dato' Hajah Azuyah Hassan,
Pengarah Pendidikan Negeri Kedah
Tahniah diucapkan!
Sunday, 3 April 2016
SEMINAR MENCERNAKAN MINDA
Pejabat Pendidikan Daerah Kubang Pasu dengan kerjasama MGC Kubang Pasu telah menganjurkan seminar tersebut bertujuan untuk meningkatkan profesionalisme guru cemerlang. Seminar ini telah berlangsung pada 3 April 2016 bertempat di Balai Muazzam, SM Sultan Abdul Halim.
Antara pengisian seminar ialah :
- Ucapan daripada En. Norazlee Nor Rashid, Pen. PPD (Teknik / Vokasional) berkaitan Hala Tuju PPD Kubang Pasu 2016 iaitu ke arah PPDKP Optimis Pendidikan Masa Depan - Par Excellence, Number One in Malaysia.
- Ucapan daripada En. Shamsuri Othman, Pen. PPD (Sains / Matematik) tentang Hala Tuju Unit Akademik PPDKP.
- Ucapan daripada En. Mohd. Azrin Hassan, Pen. PPD (Kemanusiaan) mengenai Semakan KSSR dan Penataran KSSM.
- Perkongsian Pengalaman 80 hari di Korea oleh En. Norhailmi Abdul Mutalib, GC Sains SMK Jerlun.
Monday, 15 February 2016
Mesyuarat Penyelarasan Program Akademik MGCKP
Bertempat di Bilik Seminar Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kubang Pasu, mesyuarat penyelarasan program akademik Majlis Guru Cemerlang Kubang Pasu telah diadakan. Mesyuarat pada tanggal 2 Februari 2016 itu dipengerusikan oleh pegawai meja MGC PPDKP, Pn. Hjh Fadzillah binti Selamat. Dalam ucapannya, Pn. Fadzillah melahirkan penghargaan pihak PPD kepada MGCKP yang telah banyak membantu PPDKP dalam merangka dan melaksanakan program-program akademik melalui program CEMARA. Hampir semua mata pelajaran SPM telah menjalankan program yang didukung oleh MGC ini pada tahun lepas. Sehubungan dengan itu beliau berharap agar program seumpama ini diteruskan lagi pada tahun ini demi memastikan kecemerlangan pelajar-pelajar daerah Kubang Pasu, ukan sahaja dalam peperiksaan SPM bahkan dalam UPSR.
Program yang bermula pada jam 2.30 petang itu turut dihadiri oleh guru-guru cemerlang daerah Kubang Pasu dari pelbagai bidang kepakaran.MGC SBPI Kubang Pasu pula telah diwakili oleh En. Ariffin bin Salleh dan En. Mohd Asri bin Md Saad.
Mesyuarat telah bersetuju meneruskan program CEMARA pada tahun ini dengan meluaskan skop kepada pelajar Tahun 6 sekolah rendah selain meneruskan untuk pelajar tingkatan 5 sekolah menengah. Mesyuarat juga telahmemutuskan akan bekerjasama erat dengan panitia mata pelajaran daerah dalam melaksanakan program-program yang dirancang agar keberkesanannya lebih dirasai pelajar. Selain itu, programCEMARA pada tahun ini dicadangkan diadakan lebih awal, iaitu sebelum Peperiksaan PertengahanTahun dan sebelum Peperiksaan Percubaan UPSR/SPM. Hal ini bertujuan memberi pengukuhan kepada dua golongan sasar program iaitu golongan Galus dan "Near Miss A". Pelajar Halus diserahkan kepada pihak sekolah untuk merangka program bagi murid masing-masing.
Pada akhir mesyuarat, beberapa tarikh telah dikenal pasti oleh mata-mata pelajaran untuk dijaankan program CEMARA. Program yang dirancang seawall bulan Mac itu diharapkan mampu melonjakkan kecemerlangan pelajar-pelajar daerah Kubang Pasu dalam kedua-dua peperiksaan awam : UPSR dan SPM. MGCSBPIKP pula akan seberapa daya untuk turut membantu melonjakkan keberhaslan "A+" dalam semua mata pelajaran SPM di sekolah ini dengan bantuan rakan-rakan MGC KP.
Monday, 16 November 2015
Bengkel Pembinaan RPT BM Kubang Pasu
Bertempat di Bilik Mesyuarat PPD Kubang Pasu, Guru Cemerlang Bahasa Melayu SBPIKP telah bersama-sama dengan guru-guru Bahasa Melayu Tingkatan 4 & 5 daerah Kubang Pasu telah berkumpul bagi menjayakan bengkel pembinaan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) Bahasa Melayu Tingkatan 4 & 5. Cikgu Ariffin, GC BM I-KUPs telah dilantik sebagai fasilitator pembinaan RPT Tingkatan 4 manakala GC BM SM Sains Kubang Pasu sebagai fasilitator RPT Ting. 5. Program selama dua hari itu telah bermula pada 4 dan 5 November 2011. Bengkel anjuran bersama PPD Kubang Pasu, Panitia Bahasa Malaysia daerah Kubang Pasu dan MGC Kubang Pasu itu telah dihadiri oleh 12 orang guru BM dari sekolah-sekolah seluruh daerah tersebut. Pembinaan RPT ini bertujuan menyelaraskan topik yang akan dipelajari oleh pelajar pada tahun depan bagi memudahkan pembinaan item penilaian Ujian 1,2 dan 3. Hal ini sekali gus memudahkan panitia daerah merangka program-program 3P sepanjang tahun hadapan.
Bengkel ini telah memuktamadkan pembinaan RPT dan diserahkan kepada pihak Panitia BM Daerah untuk dimurnikan sebelum diedarkan ke- sekolah-sekolah menjelang cuti akhir tahun, tahun ini.
Tuesday, 25 August 2015
SEMINAR & AGM MGCDKP 2015
Bertempat di SMK Bandar Baru Darulaman (BUDIMAN), Jitra seramai empat orang guru cemerlang i-KUPs telah bersama-sama menjayakan Seminar Pengajaran & Pembelajaran Abad ke - 21 & Mesyuarat Agung Tahunan MGC Daerah Kubang Pasu. Seminar yang dijalankan pada 19 Ogos 2015 di Bilik Seminar BUDIMAN disampaikan oleh Pn. Aishah bt Mokhtar, Guru Cemerlang Kimia Gred Khas C dari SMK Jitra. Dalam penyampaiannya, beliau menerangkan konsep pembelajaran abad ke-21 dan ciri-ciri P&P yang menyokong ke arah pembelajaran abad ke-21. Secara ringkasnya, pembelajaran abad ke-21 mementingkan konsep guru sebagai fasilitator.
Subscribe to:
Posts (Atom)























