Sunday 8 January 2017

SETIAUSAHA PANITIA DAERAH

Semasa Mesyuarat Setiausaha-Setiausaha Panitia Daerah Kubang Pasu (Kemanusiaan) yang diadakan di Bilik Mesyuarat PPD Kubang Pasu baru-baru ini, En. Mohamad Azrin Hassan, Pen. PPD (Kemanusiaan) menyampaikan sijil penghargaan atas khidmat bakti kami semua sebagai setiausaha panitia daerah bagi subjek masing-masing. 

Walaupun hanya sekeping kertas, namun penghargaan seperti ini menyunti semangat untuk terus berkhidmat dengan lebih baik demi memastikan subjek kami terus cemerlang di sekolah amnya serta daerah Kubang Pasu khasnya!.


Terima kasih sekalung budi!