Saturday 31 August 2019

PERTANDINGAN INOVASI TONG KITAR SEMULA INTER-CLASS

Lama merancang nak laksanakan pertandingan ni, tapi tertangguh atas sebab kekangan masa.

Asbab tertubuhnya Kelab RFL (Recycle For Life), dengan kerjasama Persatuan Geografi dan Kelab UNESCO, akhirnya pertandingan ini berjaya dilaksanakan sepanjang tempoh 15 Julai - 31 Ogos 2019 melibatkan kelas-kelas tingkatan 1 dan 2.

Antara kriteria menentukan pemenang adalah seperti berikut :

  • Tong kitar semula menepati syarat tong yang ditetapkan
  • Pembentangan kepada hakim yang paling meyakinkan  
  • Kreatif, inovatif 
  • Tong digunakan sepenuhnya oleh semua warga kelas 
  • Tahan lasak 
  • Mesra pengguna 
  • Kelas bersih sepanjang masa pelaksanaan dan penghakiman 
  • Barang kitar semula yang dikutip warga kelas mesti dijual pada 20 OGOS 2019 dah memperoleh kutipan tertinggi
Kelas yang menang akan dapat hadiah best tau, berupa lawatan kelas ke mana-mana tempat yang ditetapkan oleh penganjur.

Sebenarnya, penghakiman masih belum selesai, jadi pemenang tak boleh reveal lagi kat sini ")

Jom tengok kekreatifan pelajar-pelajar ni ")







Sesi jualan barang kitar semula kepada e-Idaman pada 20 Ogos 2019;



Salah satu sesi penghakiman yang dijalankan;



Hmm...macam-macam 😉


Moga usaha kecil ini akan dapat mendidik para pelajar iKUPs menghargai alam sekitar dan menjadi insan yang amanah dalam menjaga anugerahNya.

Wednesday 28 August 2019

JAMUAN PERPISAHAN DENGAN PROTEGE MGCiKUPs


Cikgu Omar, yang diprjekkan untuk memohon GC telah berjaya memperoleh biasiswa HLP . Beliau akan menyambung pelajaran di peringkat Master di Universiti Sains Malaysia, mulai September 2019. Nampaknya muitara iKUPS ini akan berehat seketikan dari dunia persekolahan, untuk ke peringkat yang lebih baik selepas ini. Tahniah dan syabas cikgu Omar! Kami menantikan kepulangan anda ke iKUPS dua tahun lagi...







Tuesday 20 August 2019

5R : SATU PENDIDIKAN LUAR BILIK DARJAH YANG BERBEKAS

Sejak iKUPs mula melibatkan diri dalam Projek GO Green, kini kami konsisten menjalankan pelbagai aktiviti pembudayaan alam sekitar tanpa gagal saban tahun.

Antara program yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh pelajar dan guru ialah hari penjualan barang kitar semula kepada e-Idaman.

Pelajar sanggup menyinsing lengan baju sekolah, turun padang sama-sama mengangkat, menyisih serta membersihkan kembali kawasan sangkar kitar semula, di mana aktiviti pengumpulan dan penjualan barang dilakukan.






Benda boleh dapat duit, kenapa pulak nak stopkan
Ye takkkk? 😆