Thursday 20 August 2015

PROGRAM GEODIVERSITI LANGKAWI PENUH INFORMASI

Tarikh : 31 Julai - 1 Ogos 2015
Tempat : Pulau Langkawi
Sasaran : Guru-Guru Geografi Negeri Kedah

Selepas kejayaan menakluk Krabi-Hatyai, kali ni Panitia Geografi Negeri Kedah menjelajah Pulau Langkawi, untuk melihat kekayaan geodiversiti pulau lagenda yang hebat ini. Program yang dijalankan dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Mahsuri Travel ini berlangsung selama 2 hari 1 malam dan berjalan dengan lancar seperti yang dijadualkan. 



Langkawi, kami datang.



Makan tengah hari dulu di Kuah sebelum check in penginapan



Penginapan di De Baron Resort , Pekan Rabu yang sangat selesa



















Lawatan ke kilang gamat dan membeli belah di gudang batik jawa asli






























Lawatan ke Oriental Village di kaki Banjaran Machinchang untuk melihat kebesaran Allah menerusi banjaran hogback batu pasir berusia 500 juta tahun yang tersergam indah



Hari kedua, check out lebih awal sebelum bertolak ke Kilim. Program di Kilim ditaja sepenuhnya oleh pihak LADA Langkawi.



Menerima taklimat perjalanan program daripada En. Mohd. Shahril Shuib, pegawai Geopark


Perjalanan menaiki bot meninjau hutan bakau Kilim yang indah










Penerangan En. Shahril tentang keunikan Gua Kelawar dari segi formasi batuan, koloni kelawar serta ekosistem hutan paya bakau yang mengelilinginya. Gua Kelawar merupakan gua terbesar di kawasan Kilim. Kompleks gua ini terdiri daripada sekurang-kurangnya dua tingkat gua yang dihubungkan oleh beberapa lohong menegak. Menariknya, gua di aras bawah berada pada aras sekitar 2 meter, manakala gua atas terletak pada paras 7 meter di atas aras laut sekarang. Di dalam Gua Kelawar banyak didapati fitur yang menarik. Pelbagai bentuk stalagtit, stalagmit dan juga tiang kalsit dapat dilihat di dalam dan di luar gua ini.   




Eagle feeding. Menurut staf LADA, Mimi dan juga pemandu bot, terdapat lebih kurang 19 spesis burung helang yang terdapat di Langkawi dan antara spesies yang terkenal adalah spesis Brahminy Kite. Makanan yang biasanya diberikan adalah kulit atau perut ayam kerana ia boleh terapung dan memudahkan helang turun menyambar. 



Antara topografi kars Formasi Setul yang terukir indah secara semulajadi. Batu kapur di sini mudah dilarut terutama melalui rekahan dan membentuk topografi kars yang dicirikan oleh bukit terasing atau banjaran bukit yang bertebing curam. Pelarutan juga membentuk lubang benam (dolina) dan gua di samping
saliran bawah tanah. 


Bot bergerak menuju ke Lautan Andaman dan kali ini, kami dapat melihat ukiran alam di batu kapur berupa wajah ‘red indian’ dan bayi


Monumen indah batu kapur Setul , di mana bahagian atasnya menyerupai seekor penyu ini merupakan lokasi wajib bagi semua pengunjung trip bergambar



Gembira bercampur kagum dengan keindahan landskap geotaman pertama di Asia Tenggara ini


Deretan kapal layar persendirian yang parkir di kawasan ini. Selain Sg. Kilim, kami dimaklumkan Awana Porto Malai dan Teluk Burau turut menjadi kawasan parkir pilihan bagi pemilik kapal-kapal layar persendirian ini



Ada di antara peserta kami yang dapat melawat fish farm yang turut menempatkan restoran terapung Hole in The Wall. Ikan-ikan pelbagai spesies beserta beberapa hidupan laut yang lain diternak dengan menggunakan kaedah akuakultur. Antara yang menarik perhatian ialah belangkas dan peluang memberi makan ikan pari yang sungguh mengujakan!





Gua Buaya. Malangnya kami tidak berpeluang melihat bentuk gua yang dikatakan seakan mulut buaya kerana air sudah pasang pada ketika ini




Seronok betul bila berpeluang meneroka Kilim Geoforest Park sambil menikmati pemandangan indah topografi kars berusia lebih 400 juta tahun (Ordovisi)






Setibanya di jeti Kilim, juadah makan tengah hari telah siap menunggu. Sudah mengantuk disorongkan bantal, perut sudah lapar, jadi tunggu apa lagi, kan. Dan lepas tu begitu khusyuk menikmati juadah yang disajikan!





Penyampaian cenderamata dari Panitia Geografi Negeri Kedah kepada pihak LADA Langkawi, yang disampaikan oleh Tn. Hj. Rodzli Hashim, Pengerusi Panitia Geografi Negeri Kedah







Antara yang menjayakan program ini. Peserta terdiri daripada guru-guru Geografi semua daerah di negeri Kedah.

Panitia Geografi berharap agar program ini menjadi titik permulaan bagi penganjuran program-program seumpamanya pada masa akan datang!

No comments:

Post a Comment