Tuesday 27 September 2016

SAAT-SAAT KEBENARAN HAMPIR TIBA!

Perjumpaan terakhir Ayahanda Pengetua dengan guru dan staf sokongan berlangsung dalam suasana yang agak suram di Bilik Kuliah Ibnu Maskawih pagi ini. Mungkin disebabkan beliau merasakan tidak lagi berpeluang berjumpa semua guru dan staf dek kesibukan menguruskan majlis persaraan beliau esok, jadi inilah masa yang sesuai untuk saling bertemu bagi meninggalkan amanat-amanat terakhir sebelum beliau meninggalkan iKUPS.




Seperti selalu, beliau tidak pernah lupa menyantuni kami dengan pelbagai tanda ingatan. Seperti seorang ayah, beliau menyerahkan buah tangan kepada setiap guru dan staf.





Kecil, tetapi penuh bermakna.


Di penghujung pertemuan, kami mengambil kesempatan untuk saling memohon kemaafan sepanjang 7 tahun berjuang bersama. 7 tahun bukanlah suatu masa yang singkat, dan tidak juga suatu perjalanan yang panjang. Tetapi jatuh dan bangun dalam satu perjuangan adalah lumrah. Tinggal kini bagaimana kita semua akan kembali meneruskan legasi kecemerlangan iKUPS, dengan kesatuan hati serta visi yang dikongsi bersama.



No comments:

Post a Comment