Thursday, 20 July 2017

KEM KBAT TING. 1 & 2 : UJIAN RINTIS MODUL

Apakah KBAT? Apa pula PdPc Abad ke-21? Kami yakin hampir semua warga pendidik mengetahuiperkara ini. Ia dulang sebut oleh pelbagai pihak : dari Menteri hinggalahke Pengetua dan Guru Besar. Apatahlagi dengan pengenalan PPPM yang menyasarkan sistem pendidikan negara menjadi satu pertiga yang terbaik di dunia. Persoalannya, berapa ramaikah yang telah mengaplikasikan konsep PAK-21 dan KBAT dalam P&Pc masing-masing? Sejauh manakah pula penguasaan kita dalam PAK-21 ini dalam memberi pemahaman kepada pelajar di dalam kelas?

Bertitik tolak daripada perkara tersebut, maka MGC iKUPS dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling serta Penyelaras Tingkatan 1 & 2 telah mengadakan bengkel aplikasi PAK-21 dan KBAT kepada pelajar-pelajar Tingkatan 1 & 2 iKUPS. Bengkel yang dijalankan sehari suntuk itu mengisi slot utama Kem Sayang iKUPS untuk pelajar Tingkatan 1 & 2. Kedua-dua kursus ini telah dijalankan di sebuah kem di Yan, Kedah. Slot pertama bengkel ini adalah untuk pelajar Tingkatan 1 yang diadakan pada 6 Julai 2017 sementara slot kedua untuk pelajar Tingkatan 2 pada 17 Julai 2017. Kedua-dua slot ini bermula pada jam 8.30 pagi dan berkahir pada jam 5.00 petang. Bengkel telah diajalankan dalam tiga slot iaitu : Pengenalan KBAT, Aplikasi KBAT dalam P&Pc dan Aplikasi Penyelesaian Masalah. 

Slot Pengenalan KBAT telah diberikan oleh En. Ariffin bin Salleh. Dalam slot ini peserta telah diperkenalkan dengan KBAT dan alat-alat berfikir. Beliau telah memperkenalkan konsep dan penggunaan peta pemikiran (i-Think), peta minda dan Six Thinking Hat. Peserta turut menjalani latihan ringkas terhadap 'alat berfikir' yang diperkenalkan.


Selanjutnya pada slot kedua, peserta telah dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil. Mereka perlu melalui 10 stesen dengan menjalankan aktiviti yang telah ditetapkan di setiap stesen. Stesen-stesen itu meliputi stesen Bahasa Melayu, Sains, Matematik, Geografi, dan Permainan Berfikir. Setiap stesen telah menyediakan aktiviti yang melilbatkan kemahiran KBAT dan penggunaan alat berfikir. Kumpulan yang berjaya diberikan hadiah yang boleh digunakan dalam aktiviti 3 yang akan dijalankan pada sebelah petang. Aktiviti selama 3 jam ini telah berjaya membuka minda pelajar untuk berfikir di luar lingkungan apabila berdepan dengan aktiviti melibatkan kemahiran berfikir dalam penyelesaian masalah.



Selanjutnya, pada sebelah petang peserta diberikan tugasan memyelsaikan masalah menggunakan gabungan sains dan kemahiran berfikir secara kreatif. Slot untuk pelajar tingkatan 1 diisi dengan aktiviti membina menara teguh sementara peserta tingkatan 2 pula aktiviti rakit. Kedua-dua aktiviti ini memperlihatkan aplikasi pengetahuan sains dan KBAT pelajar dalam memastikan binaan mereka menarik, berfungsi dan teguh.



Bengkel ini diharapkan membuka dimensi baharu dalam pembelajaran pelajar di dalam kelas terutama penggunaan alat-alat berfikir dalam menyelesaikan maslaah. Kami juga berharap agar penggunaan alat-alat berfiir seperti peta minda, peta pemikiran dan 6 Thinking Hat terus diamalkan oleh guru-guru subjek dalm P&Pc di dalam kelas. Semoga dengan itu usaha melahirkan pelajar yang kritis dan kreatif akan membuahkan hasilnya seperti yang diharap-harapkan oleh KPM.

No comments:

Post a Comment