Showing posts with label KItar Semula. Show all posts
Showing posts with label KItar Semula. Show all posts

Saturday, 31 August 2019

PERTANDINGAN INOVASI TONG KITAR SEMULA INTER-CLASS

Lama merancang nak laksanakan pertandingan ni, tapi tertangguh atas sebab kekangan masa.

Asbab tertubuhnya Kelab RFL (Recycle For Life), dengan kerjasama Persatuan Geografi dan Kelab UNESCO, akhirnya pertandingan ini berjaya dilaksanakan sepanjang tempoh 15 Julai - 31 Ogos 2019 melibatkan kelas-kelas tingkatan 1 dan 2.

Antara kriteria menentukan pemenang adalah seperti berikut :

  • Tong kitar semula menepati syarat tong yang ditetapkan
  • Pembentangan kepada hakim yang paling meyakinkan  
  • Kreatif, inovatif 
  • Tong digunakan sepenuhnya oleh semua warga kelas 
  • Tahan lasak 
  • Mesra pengguna 
  • Kelas bersih sepanjang masa pelaksanaan dan penghakiman 
  • Barang kitar semula yang dikutip warga kelas mesti dijual pada 20 OGOS 2019 dah memperoleh kutipan tertinggi
Kelas yang menang akan dapat hadiah best tau, berupa lawatan kelas ke mana-mana tempat yang ditetapkan oleh penganjur.

Sebenarnya, penghakiman masih belum selesai, jadi pemenang tak boleh reveal lagi kat sini ")

Jom tengok kekreatifan pelajar-pelajar ni ")







Sesi jualan barang kitar semula kepada e-Idaman pada 20 Ogos 2019;



Salah satu sesi penghakiman yang dijalankan;



Hmm...macam-macam 😉


Moga usaha kecil ini akan dapat mendidik para pelajar iKUPs menghargai alam sekitar dan menjadi insan yang amanah dalam menjaga anugerahNya.

Tuesday, 20 August 2019

5R : SATU PENDIDIKAN LUAR BILIK DARJAH YANG BERBEKAS

Sejak iKUPs mula melibatkan diri dalam Projek GO Green, kini kami konsisten menjalankan pelbagai aktiviti pembudayaan alam sekitar tanpa gagal saban tahun.

Antara program yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh pelajar dan guru ialah hari penjualan barang kitar semula kepada e-Idaman.

Pelajar sanggup menyinsing lengan baju sekolah, turun padang sama-sama mengangkat, menyisih serta membersihkan kembali kawasan sangkar kitar semula, di mana aktiviti pengumpulan dan penjualan barang dilakukan.






Benda boleh dapat duit, kenapa pulak nak stopkan
Ye takkkk? 😆


Thursday, 20 June 2019

REUSE : KITCHEN GARDEN PERSATUAN RBT

Inilah iKUPs Kitchen Garden yang diusahakan oleh Persatuan RBT. Pelbagai jenis sayuran yang ditanam termasuk jagung. Mereka juga mengusahakan penternakan burung puyuh yang turut menyumbang kepada penghasilan baja organik dalam menyuburkan tanaman-tanaman ini.


Menariknya, projek ini diminimumkan kosnya dengan penggunakan semula botol-botol sabun dan minyak dari dewan makan dan persekitaran asrama yang digunakan sebagai pasu tanaman. 

Cara ini juga dapat meminimumkan pembuangan sisa-sisa domestik dalam kawasan sekolah.








Guru yang bertanggungjawab menjayakan projek pertanian dan penanaman 
mesra alam ini iaitu En Azuan bin Arsat ;


Menarik, kan!.

Semoga warga sekolah akan dapat terus menikmati 
hasil tanaman dan daging burung puyuh setiap tahun disamping memperoleh 
pelbagai ilmu berkaitan alam sekitar daripada pelbagai projek pembudayaan 
yang dilaksanakan di sekitar premis sekolah ini!



Thursday, 2 May 2019

KOMPOS : KAEDAH MIKROORGANISME EFEKTIF

Tuan Penolong Kanan Pentadbiran sekolah kami, En. Hisamuddin Kamis ialah seorang pecinta alam. Beliau mengusahakan pelbagai tanaman dari bunga-bungaan, sayur-sayuran sehingga kepada buah-buahan dengan penuh minat dan komited.




Sumber : FB Hisamuddin Kamis

Kami di sekolah bertuah kerana sentiasa dapat merasa hasil tangan beliau seperti Ulam Raja dan buah cempedak. Beliau tidak lokek berkongsi ilmu pertanian beliau dengan orang lain dan tidak pula segan untuk mendapatkan ilmu baru sekiranya berpeluang.


Jangan tak tahu, petani moden ni juga mengadakan usaha sama dengan pihak dewan makan asrama sekolah untuk menghasilkan home made baja kompos hasil buangan dapur dengan menggunakan kaedah Mikroorganisme Efektif.

Sedikit maklumat mengenai baja kompos berkenaan;




Kami doakan moga usaha beliau dipermudahkan 
dan berjaya memperoleh hasil yang lumayan!


Wednesday, 24 April 2019

REUSE : HEBATNYA INOVASI BADAR!

Sebaik saja anda jejakkan kaki ke Musolla Jannatun Naim, anda akan disajikan dengan pemandangan menarik iaitu projek alam sekitar BADAR.

Projek aquaponik ini dinamakan sebagai Inovasi Re-Wuduk. 

Projek ini dijalankan bertujuan untuk menggunakan semula air musta'mal bagi menyiram tanaman-tanaman di surau. Konsep ini dicetuskan bagi mengimplementasikan kaedah kesuburan melalui wuduk yang memberi tamsilan kepada 'kesuburan hati'.

Objektif bagi penghasilkan inovasi ini adalah seperti berikut : 
  • Menyelesaikan masalah pembaziran air di surau.
  • Menyedarkan para pelajar betapa pentingnya penjimatan dalam menggunakan air yang juga dituntut dalam Islam.
  • Menarik minat pelajar mencintai alam sekitar.
  • Memupuk dan meningkatkan kerjasama dalam kalangan pelajar.
Inovasi Re-Wuduk ini menggunakan teknologi pertanian yang memudahkan urusan menyiram tanaman dengan menggunakan sisa air wuduk dalam satu kitaran. Sistem kitaran air ini ialah bermula dari tempat wuduk lelaki dan perempuan di musolla ke kawasan tanaman di sekitar musolla.

Projek ini tidak memerlukan kos yang tinggi kerana hanya menggunakan air tadahan bekas wuduk pelajar. Sistem ini mendatangkan keuntungan kepada sekolah kerana dapat menyumbang kepada penyelesaian masalah bil air yang tinggi.






Projek Re-Wuduk ini sememangnya memberikan impak positif kepada warga sekolah. Selain dapat membantu mengurangkan pembaziran air, memupuk kesedaran alam sekitar serta kerjasama antara warga sekolah, ia juga memberikan satu pemandangan indah kepada persekitaran musolla Jannatun Naim.

Adalah diharapkan dengan tercetusnya inovasi ini, akan dapat membuka minda mencetus idea ke arah menyemarakkan lagi ruh Islamiyyah / tarbiyyah ruhiyyah serta biah solehah di iKUPs!.