Showing posts with label Amalan Terbaik. Show all posts
Showing posts with label Amalan Terbaik. Show all posts

Thursday, 23 January 2020

Permukiman 2020

Buat kali ketiganya, Majlis Guru Cemerlang (MGC) iKUPS kembali bermukim. Kali ini lokasi pilihan ialah pulau legenda, Pulau Langkawi. Selama tiga hari dua malam, de Baron Resort, Kuah menjadi tempat persantaian kami bertujuh: 6 orang GC dan Pengetua. Terima kasih tuan Pengetua yang sudi bersama-sama kami di sini! Dua orang GC lagi, Cikgu Husni dan Cikgu Asri tidak dapat bersama-sama kami pada kali ini atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.




Program 16-18 Januari ini bertujuan menetapkan hala tuju aktiviti MGC iKUPS pada tahun 2020. 17 Januari (Jumaat); agenda utama program bermula. Mesyuarat dan perbincangan kami tidaklah formal atau sampai 'pecah pala'. Santai-santai saja! Namun, walaupun santai kami tak berbincang tepi pantai, ya! Kami 'berkhalwat' lapan jam di dalam bilik mesyuarat. Bermula jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari; kemudian sambung lagi jam 2.00 hingga 6.00 petang. Boleh berasap jugaklah kepala kalau berfikir dengan stres. Mujur Pengetua kami pun chill-chill saja. Tak sempat berasap! Tak percaya? Tengoklah gambaq kami tengah memerah otak ni!





Air perahan otak??? ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚








Tak sah ke Langkawi kalau tak merasa makanan laut yang segar bugar ni! Jadi kami menyambung sesi perbincangan di Desa Permata Ikan Bakar! Errr... tapi agenda malam tu ialah hal-hal lain ;-)





Nasib baik ada tukang pilih, kalau dak tak makan kami malam tu!



Sabtu, 18 Januari: Kami menikmati keindahan Kilim Geoforest Park. Menikmati keindahan batuan jutaan tahun yang terbentuk di tanah air!






Tahang bot 'nambang, katenyer....



 Selepas menimati angin segar dan asin laut, kami diberi taklimat tentang batuan dan keistimewaan Geopark Kilim oleh  Pengurus Langkawi UNESCO Global Geopark (UGGp), En. Azmil Munif bin Mohd Bukhari. Banyak info rupanya! Selalunya kalau bersama-sama keluarga dan rakan-rakan, selepas mabuk laut di Klim, terus menikmati ikan bakar Buki Malut, tapi kali ini sijamu dengan maklumat yang tidak sedikit di Pusat Penerangan Geopark! Terima kasih, En. Azmil!







Alumni UKM tak lepas peluang!


Permukiman kali ini berakhir dengan cliche, lawatan ke Haji Ismail Group! :-) 


Insya-Allah, tahun depan kita bermukim lagi: tapi di mana?


Sunday, 20 May 2018

MENUNTUT SAMPAI KE BULAN!

Tanggal 26 April yang lalu, tiba-tiba kami team AddMaths dikejutkan dengan satu arahan bahawa kami kena ke Selangor. Selangor? Kenapa Selangor? Sekolah Menengah Sains Selangor. Pergi buat PLC ke sana.... kata Boss...pergi tengok apa yang SMSS dah buat sehingga gred purata mereka melonjak dari 3.26 ( 2016 ) ke 3.01 ( 2017 ). Pergi ambil resepi dari mereka. 
Tanpa boleh berkata tidak, walaupun pelbagai alasan yang rasional diberikan, namun, tugas tetap tugas. Walaupun urusan di sini banyak lagi yang belum selesai, arahan ketua wajib dipatuhi. Mugkin ada hikmah di sebaliknya.
Bertolak pada jam 2.00 ptg dari Bukit Kayu Hitam 

 Bertolak pada jam 2.00 petang dari bumi Bukit Kayu Hitam, kami menghala 400km ke selatan semenanjung untuk bertemu dengan rakan rakan sepanitia kami di sana. Sebagaimana yang dijangka, tiba di sana agak lewat iaitu  jam 10.00 malam! Rupa-rupanya cikgu-cikgu di sana sudah biasa dengan senario ini. Mengunjungi dan dikunjungi. Mereka menyambut ala kadar namun penuh kesantunannya sehingga membuatkan kami rasa amat selesa di sana.





Pagi itu....
"Banyak buat Outreach, cikgu" Itu antara perkongsian yang  paling utama yang diberi oleh Cikgu Hafiy, salah seorang cikgu termuda di sana. Rupa-rupanya Cikgu Hafiy adalah satu daripada lapan guru maskulin yang ada di sana menggambarkan bahawa dialah yang memikul semuanya. Dialah Waden, Dialah guru Ragbi dan dialah juga guru yang memanjat sana sini.

Cikgu Norul juga tak kurang merendah dirinya " Kami takdelaa buat apa sangat cikgu, mungkin sistem jadual kami lah kut yang mantap tu.

Mendapat kerjasama erat antara JK jadual waktu, pentadbir kerana SMSS sering mengubah-ubah sistem jadualnya mengikut keperluan pelajar selepas setiap peperiksaan.

 Selain pada mencedok rahsia di sana, kami juga turut mengongsikan kaedah pedagogi berkesan yang ada kami amalkan di sekolah masing-masing. Secara tidak langsung, kaedah kami berpotensi untuk dikembangkan di sana.

 Pengalaman indah walaupun sekejap. Tidak pernah terduga akan mendapat segunung ilmu seperti hari ini. Di samping membuat jaringan erat antara dua sekolah dari dua zon berbeza.

 Apa yang baik memang kami bawa balik, Cg. Norul, Cg Hafiy!
Sama-sama kita tunggu adakah perkongsian yang singkat ini, memberikan kami semangat membara untuk istiqomah dalam memajukan diri untuk memperbaiki kualiti anak-anak Ikups di sini.
Doakan kami!!!


Monday, 19 September 2016

SPA GEOGRAFI : SPECIAL, PERSONAL & ATTENTION IN GEOGRAPHY

SPA Geografi hanyalah sebuah bilik Geografi biasa, untuk kegunaan yang luar biasa. Selain menjadi medan P&P serta aktiviti-aktiviti persatuan dijalankan, bilik ini juga sering menjadi tempat pelajar Geografi yang belum mencapai standard akademik yang ditetapkan dalam mata pelajaran ini dibantu melalui sesi 'tera-geo' (terapi Geografi / terror Geo!) secara khusus dan istimewa :-)

Antara kemudahan yang terdapat dalam bilik ini termasuklah;



Sudut-sudut info


Sudut aksesori PERGEO




Sudut bahan-bahan rujukan



Sudut fosil dan batuan

 

Ruangan SPA dan sudut kaji cuaca mini
  

Sudut eksplorasi Geografi


Koridor Geografi

Harapan kami agar usaha kecil ini akan dapat membantu pelajar dalam pembelajaran mereka, sekaligus memenuhi hasrat dan aspirasi panitia iaitu Geografi bukan sekadar untuk dipelajari, malah turut dihayati!