Showing posts with label Kompos. Show all posts
Showing posts with label Kompos. Show all posts

Thursday, 2 May 2019

KOMPOS : KAEDAH MIKROORGANISME EFEKTIF

Tuan Penolong Kanan Pentadbiran sekolah kami, En. Hisamuddin Kamis ialah seorang pecinta alam. Beliau mengusahakan pelbagai tanaman dari bunga-bungaan, sayur-sayuran sehingga kepada buah-buahan dengan penuh minat dan komited.




Sumber : FB Hisamuddin Kamis

Kami di sekolah bertuah kerana sentiasa dapat merasa hasil tangan beliau seperti Ulam Raja dan buah cempedak. Beliau tidak lokek berkongsi ilmu pertanian beliau dengan orang lain dan tidak pula segan untuk mendapatkan ilmu baru sekiranya berpeluang.


Jangan tak tahu, petani moden ni juga mengadakan usaha sama dengan pihak dewan makan asrama sekolah untuk menghasilkan home made baja kompos hasil buangan dapur dengan menggunakan kaedah Mikroorganisme Efektif.

Sedikit maklumat mengenai baja kompos berkenaan;




Kami doakan moga usaha beliau dipermudahkan 
dan berjaya memperoleh hasil yang lumayan!


Sunday, 10 February 2019

KOMPOS : LARUTAN ENZIM

Berpeluang meninjau sekitar asrama dan dewan makan, rasa macam nak tabik hormat kepada orang kuatnya, Puan Jainon Ngaini, Pen. Kanan Hal Ehwal Murid yang konsisten menjalankan projek pengkomposan iaitu menyediakan larutan enzim daripada sisa sayur-sayuran dan buah-buahan yang diambil dari dewan makan asrama. 

Antara bahan asas yang digunakan termasuklah :
  • Sisa sayur-sayuran
  • Kulit buah-buahan
  • Gula merah
  • Air putih
  • Kalsium karbonat
  • Minuman Yakult

Cara penyediaan :
  • 3 kg sisa sayur-sayuran dan kulit buah-buahan yang dikumpul dicincang dan digaulkan.
  • Masukkan ke dalam satu tong takungan.
  • Bancuh gula merah dengan 10 liter air dan gaul dengan bahan yang dicincang tadi.
  • Gaulkan adunan dengan sedikit (sejemput) kapur – Kalsium Karbonat .
  • Tuang sebotol minuman Yakult dan digaul adunan menjadi rata.
  • Tutup tong supaya adunan terperam selama 14 hari.  
Larutan yang telah siap digunakan oleh warga asrama untuk tujuan-tujuan yang telah ditetapkan, antaranya sebagai baja tanaman taman herba dan sebagai bahan pencuci longkang di kawasan asrama.
 
 







Projek ini mendapat sambutan yang baik daripada seluruh warga asrama. 
Sisa buangan dari dapur dewan makan dapat dikurangkan.

 Warga asrama memperoleh ilmu dan pengetahuan dalam 
menjaga alam sekitar yang tidak diperolehi dalam kelas.