Saturday, 19 May 2018

PROJEK 1 To 1 COACHING


Pelajar perlu banyak belajar sendiri. Tambahan pula setelah mendapat pengakuan ikhlas daripada bekas pelajar yang mengatakan " cikgu tak perlu buat kelas banyak2, nnt cg letih" memdetikkan hati saya bahawa, memang pelajar lebih suka aktiviti sendiri. Bebas,tetapi dipantau oleh guru.


Lantaran itu, saya mula terfikirkan akan untuk  bina satu sistem belajar yang meminimumkan kudrat guru, tetapi mengoptimumkan impak kepada pelajar.


Guru cuma seorang individu.Tetapi tugas yang digalas adalah untuk mempastikan semua anak pelajarnya mendapat hak yang sama. Alangkah bagusnya kalau guru mempunyai tangan dan kaki sampai 8, seloroh ibu-ibu yang mempunyai anak ramai bila didesak dengan macam-macam perkara.


Jadi pendekatan yang paling sesuai adalah, biarlah pelajar itu sendiri yang membantu gurunya.merekalah menjadi mata, tangan dan kaki kepada gurunya di kala guru tidak dapat bersama-sama menyertai mereka sewaktu ulangkaji.
Betul! Hal ini sudah lama dijalankan, di basah pelbagai tajuk dan topik, namun adakah ia dipantau sebagai satu sistem?
Tidak bukan.

Untuk mendapat kerjasama jitu dari semua pelajar, guru memainkan peranan utama.Guru bukan setakat melepaskan pelajar dengan arahan sahaja, malah perlu ada jadual tugasan, perlu ada peringatan-peringatan yang berulangkali, perlu ada promosi projek, perlu ada tolak ansur dengan bahagian pentadbiran dan yang paling penting ialah guru perlu pelaporan impak keberjayaan projek.

Seusai itu, promosikan kan lagi di hadapan semua pelajar terutama setiap kali lepas peperiksaan, dan paparkan impaknya.
Sesungguhnya, setiap satu usaha yang dibuat dengan kesungguhan dan istiqomah pastinya membuahkan hasil yang tidak bertepian...


Tuesday, 15 May 2018

BENGKEL PENYEBARAN KSSM GEOGRAFI TINGKATAN 3 DAERAH KUBANG PASU

Tarikh : 14 & 15 Mei 2018
Tempat : PKG Kodiang
Disampaikan oleh Pn. Asmaniza Yop, 
Jurulatih Utama Kebangsaan KSSM Geografi Tingkatan 3


Dari Sabah turun ke Kedah
Singgah menjala udang di Kerpan
Ilmu KSSM disampaikan sudah
Tunggu pelaksanaannya tahun hadapan

Monday, 30 April 2018

MAJLIS PELANCARAN KELAB KITAR SEMULA DAN PENYAMPAIAN ANUGERAH PERKISS 2017

Tarikh : 30 April 2018
Tempat : Dewan Al Ghazali, SBP Integrasi Kubang Pasu
Penganjur : SWCORP Kedah

Tahniah Persatuan Geografi iKUPs (PERGEO), berjaya menyandang :
  • Johan PeRKISS Peringkat Negeri Kedah
  • Anugerah Inisiatif Kompos
  • Tempat Kedua Inovasi Kitar Semula

Pihak SWORP dan E-Idaman juga menyumbangkan 
kotak kitar semula kepada pihak sekolah.

Tahniah!


K'LAKA PULAK KALI NI!

Sekali sebut bunyinya kelakar. 
Tapi K'laka ni sebenarnya ialah akronim bagi inovasi terkini PERGEO iaitu kain lap kaki! ")

  Kalau tengok betul-betul, bahan untuk menghasilkan K'laka ini ialah tshirt terpakai yang kami kutip di asrama. Sebenarnya penghasilan K'laka ini sebagai satu cara untuk mengatasi masalah baju jatuh dari ampaian yang tidak dikutip oleh student. 

Sayang betul, tshirt, jersi mahal-mahal takde siapa menuntut. Longgokan baju jatuh yang tak bertuan ni semakin lama semakin tinggi dalam stor. Kalau dibiarkan dikhuatiri akan menjadi sarang binatang liar. Tak ke naya tetiba ada ular menumpang teduh di bawah longgokan baju yang redup dan sejuk ni ''(

Nak jual bundle pun tak padan, jadi kami kutip, basuh dan hasilkan K'laka.
Tak kelakar pun sebenarnya k. Penat tau :-)

 Tengoklah gigih Pergeoians melilit dan menjahit K'laka ni. Lelaki pun hebat tau!

 Dah siap!. Selain jadi kain lap kaki, kalau buat kecik comel boleh jadikan alas periuk.

Sapa kata inovasi tu susah '') 

Wednesday, 18 April 2018

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2017


Tarikh : 18 April 2018
Tempat : The Malay College, Kuala Kangsar
Warga MGC iKUPs mengucapkan tahniah kepada semua penerima APC kali ini.

Thursday, 12 April 2018

MAJLIS SEGUNUNG KASIH SELAUT BUDI

Majlis ini diadakan bagi meraikan persaraan mantan Pengarah Pendidikan Negeri Kedah, Datin Paduka Dato' Hajah Azuyah Hasan. 

Saya hadir mewakili MGC Kedah amat berbesar hati menerima jemputan ini dan rasanya inilah peluang terakhir untuk mendengar celoteh beliau di pentas yang tidak pernah mengecewakan menyampaikan pesanan, nasihat malah input-input yang berguna.

Kagum sungguh dengan energy 'seorang Azuyah' ini. Kuat dan sentiasa bersemangat dalam menjayakan sesuatu. 

Nama dipanggil disambut jelingan
Berhati-hati takut dibambu
Budimu tuan jadi sanjungan 
Dikau yang satu dalam seribu

Sayonara Datin Paduka Dato' Hajah Azuyah Hasan dalam arena pendidikan
Selamat kembali ke pangkuan keluarga :-) 





Saturday, 31 March 2018

BENGKEL TRANSFORMASI GURU GEOGRAFI DAERAH KUBANG PASU 2018

Nama saja bengkel transformasi, tetapi objektif utamanya ialah untuk meraikan pasca persaraan Mantan Guru Cemerlang Geografi Gred Khas C, Tn. Hj. Rodzli b Hashim. Awal tahun, program tidak begitu padat dan Tuan Haji juga mungkin sudah relax meniti hari-hari awal persaraan, maka kami tak melepaskan peluang organised majlis ni.

Sambil meraikan beliau, kami juga meminta beliau berkonsi survival beliau dalam bidang pendidikan selama lebih 30 tahun ini, moga-moga dapat menjadi inspirasi serta menyuntik semangat kami semua dalam menghadapi pahit getir sepak terajang dunia pendidikan.


2 jam setengah. Cepat sungguh. Mungkin khusyuk sangat menghayati perkongsian yang disampaikan oleh sang otai, di samping menikmati makanan-makanan yang sedap-sedap belaka menyebabkan semuanya tak sedar masa belalu dengan pantas. Alhamdulillah, banyak input dapat pada hari ni.


Dan syukur Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar, malah kehadiran guru Geografi Daerah Kubang Pasu melebihi jangkaan!. Mujurlah pegawai yang handle hi tea sudi membenarkan guru-guru tambahan ini menyertai majlis. Siap hadiahkan kami 6 voucher steamboat free lagi!.

Apapun, saya berterima kasih kepada team yang sangat havoc. Tanpa kerjasama mereka, mungkin majlis yang asalnya dirancang untuk dilaksanakan tahun lepas tak akan dapat direalisasikan!.

Mesej dengan Tn. Hj. Rodzli usai majlis >--<

Walaupun beliau sudah bersara, namun kami masih sentiasa merasai sentuhan ilmunya, maklumlah, di daerah inilah beliau mula bertapak dulu. Moga penrkongsian pada hari ini memberikan manfaat yang banyak kepada kita especially guru muda.

All the best PAGEO Kubang Pasu!