Tanggal 26 April yang lalu, tiba-tiba kami team AddMaths dikejutkan dengan satu arahan bahawa kami kena ke Selangor. Selangor? Kenapa Selangor? Sekolah Menengah Sains Selangor. Pergi buat PLC ke sana.... kata Boss...pergi tengok apa yang SMSS dah buat sehingga gred purata mereka melonjak dari 3.26 ( 2016 ) ke 3.01 ( 2017 ). Pergi ambil resepi dari mereka.
Tanpa boleh berkata tidak, walaupun pelbagai alasan yang rasional diberikan, namun, tugas tetap tugas. Walaupun urusan di sini banyak lagi yang belum selesai, arahan ketua wajib dipatuhi. Mugkin ada hikmah di sebaliknya.
Bertolak pada jam 2.00 ptg dari Bukit Kayu Hitam
Bertolak pada jam 2.00 petang dari bumi Bukit Kayu Hitam, kami menghala 400km ke selatan semenanjung untuk bertemu dengan rakan rakan sepanitia kami di sana. Sebagaimana yang dijangka, tiba di sana agak lewat iaitu jam 10.00 malam! Rupa-rupanya cikgu-cikgu di sana sudah biasa dengan senario ini. Mengunjungi dan dikunjungi. Mereka menyambut ala kadar namun penuh kesantunannya sehingga membuatkan kami rasa amat selesa di sana.
Pagi itu....
"Banyak buat Outreach, cikgu" Itu antara perkongsian yang paling utama yang diberi oleh Cikgu Hafiy, salah seorang cikgu termuda di sana. Rupa-rupanya Cikgu Hafiy adalah satu daripada lapan guru maskulin yang ada di sana menggambarkan bahawa dialah yang memikul semuanya. Dialah Waden, Dialah guru Ragbi dan dialah juga guru yang memanjat sana sini.
Cikgu Norul juga tak kurang merendah dirinya " Kami takdelaa buat apa sangat cikgu, mungkin sistem jadual kami lah kut yang mantap tu.
Mendapat kerjasama erat antara JK jadual waktu, pentadbir kerana SMSS sering mengubah-ubah sistem jadualnya mengikut keperluan pelajar selepas setiap peperiksaan.
Selain pada mencedok rahsia di sana, kami juga turut mengongsikan kaedah pedagogi berkesan yang ada kami amalkan di sekolah masing-masing. Secara tidak langsung, kaedah kami berpotensi untuk dikembangkan di sana.
Pengalaman indah walaupun sekejap. Tidak pernah terduga akan mendapat segunung ilmu seperti hari ini. Di samping membuat jaringan erat antara dua sekolah dari dua zon berbeza.
Apa yang baik memang kami bawa balik, Cg. Norul, Cg Hafiy!
Sama-sama kita tunggu adakah perkongsian yang singkat ini, memberikan kami semangat membara untuk istiqomah dalam memajukan diri untuk memperbaiki kualiti anak-anak Ikups di sini.
Doakan kami!!!