Tarikh : 31 Julai - 1 Ogos 2015
Tempat : Pulau Langkawi
Sasaran : Guru-Guru Geografi Negeri Kedah
Selepas kejayaan menakluk Krabi-Hatyai, kali ni Panitia Geografi Negeri Kedah menjelajah Pulau Langkawi, untuk melihat kekayaan geodiversiti pulau lagenda yang hebat ini. Program yang dijalankan dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Mahsuri Travel ini berlangsung selama 2 hari 1 malam dan berjalan dengan lancar seperti yang dijadualkan.
Langkawi, kami datang.
Makan tengah hari dulu di Kuah sebelum check in penginapan
Penginapan di De Baron Resort , Pekan Rabu yang sangat selesa
Lawatan ke kilang gamat dan membeli belah di gudang batik jawa asli
Lawatan ke Oriental Village di kaki Banjaran Machinchang untuk melihat kebesaran Allah menerusi banjaran hogback batu pasir berusia 500 juta tahun yang tersergam indah
Hari kedua, check out lebih awal sebelum bertolak ke Kilim. Program di Kilim ditaja sepenuhnya oleh pihak LADA Langkawi.
Menerima taklimat perjalanan program daripada En. Mohd. Shahril Shuib, pegawai Geopark
Perjalanan menaiki bot meninjau hutan bakau Kilim yang indah
Penerangan En. Shahril
tentang keunikan Gua Kelawar dari segi formasi batuan, koloni kelawar serta
ekosistem hutan paya bakau yang mengelilinginya. Gua Kelawar merupakan gua terbesar di kawasan Kilim. Kompleks gua ini
terdiri daripada sekurang-kurangnya dua tingkat gua yang dihubungkan oleh
beberapa lohong menegak. Menariknya, gua di aras bawah berada pada aras sekitar
2 meter, manakala gua atas terletak pada paras 7 meter di atas aras laut
sekarang. Di dalam Gua Kelawar banyak didapati fitur yang menarik. Pelbagai bentuk
stalagtit, stalagmit dan juga tiang kalsit dapat dilihat di dalam dan di luar
gua ini.
Eagle feeding. Menurut staf LADA, Mimi dan juga pemandu bot,
terdapat lebih kurang 19 spesis burung
helang yang terdapat di Langkawi dan antara spesies yang terkenal
adalah spesis Brahminy Kite. Makanan
yang biasanya diberikan adalah kulit atau perut ayam kerana ia boleh terapung
dan memudahkan helang turun menyambar.
Antara topografi kars Formasi Setul yang terukir indah secara
semulajadi. Batu kapur di
sini mudah dilarut terutama melalui rekahan dan membentuk topografi kars yang
dicirikan oleh bukit terasing atau banjaran bukit yang bertebing curam.
Pelarutan juga membentuk lubang benam (dolina) dan gua di samping
saliran bawah tanah.
Bot bergerak menuju ke
Lautan Andaman dan kali ini, kami dapat melihat ukiran alam di batu kapur
berupa wajah ‘red indian’ dan bayi
Monumen indah batu kapur
Setul , di mana bahagian atasnya menyerupai seekor penyu ini merupakan lokasi
wajib bagi semua pengunjung trip bergambar
Gembira bercampur kagum
dengan keindahan landskap geotaman pertama di Asia Tenggara ini
Deretan kapal layar
persendirian yang parkir di kawasan ini. Selain Sg. Kilim, kami dimaklumkan
Awana Porto Malai dan Teluk Burau turut menjadi kawasan parkir pilihan bagi
pemilik kapal-kapal layar persendirian ini
Ada di antara peserta
kami yang dapat melawat fish farm
yang turut menempatkan restoran terapung Hole in The Wall. Ikan-ikan pelbagai
spesies beserta beberapa hidupan laut yang lain diternak dengan menggunakan
kaedah akuakultur. Antara yang menarik perhatian ialah belangkas dan peluang
memberi makan ikan pari yang sungguh mengujakan!
Gua Buaya. Malangnya
kami tidak berpeluang melihat bentuk gua yang dikatakan seakan mulut buaya
kerana air sudah pasang pada ketika ini
Seronok betul bila berpeluang meneroka Kilim Geoforest Park sambil menikmati pemandangan indah topografi kars berusia lebih 400 juta tahun (Ordovisi)
Setibanya di jeti Kilim,
juadah makan tengah hari telah siap menunggu. Sudah mengantuk disorongkan
bantal, perut sudah lapar, jadi tunggu apa lagi, kan. Dan lepas tu begitu khusyuk menikmati juadah yang disajikan!
Penyampaian cenderamata dari Panitia Geografi Negeri Kedah kepada pihak LADA Langkawi, yang disampaikan oleh Tn. Hj. Rodzli Hashim, Pengerusi Panitia Geografi Negeri Kedah
Antara yang menjayakan program ini. Peserta terdiri daripada guru-guru Geografi semua daerah di negeri Kedah.
Panitia Geografi berharap agar program ini menjadi titik permulaan bagi penganjuran program-program seumpamanya pada masa akan datang!
No comments:
Post a Comment