Alhamdulillah, setelah bertungkus-lumus menggembeleng idea antara ahli-ahli akademik Geografi negeri Kedah, Perlis dan UiTM Arau, penyelidikan demi penyelidikan, kajian rintis, percubaan demi percubaan serta beberapa penambaikan yang lain, akhirnya Unit Kecemerlangan UiTM Perlis dibawah Kumpulan Kerja Penyelidikan GIS In School telah berjaya mengadakan Seminar dan Majlis Pelancaran GIS-Kit untuk P&P Geografi Sekolah Menengah di UiTM Arau, Perlis pada 27 Ogos 2015 yang lalu.
Tujuan utama program ini adalah sebagai satu inisiatif untuk mempromosikan Geographic
Information System (GIS) dalam bidang pengajaran dan pembelajaran Geografi di sekolah
menengah. Ia juga berfungsi untuk menambahbaik proses pembelajaran yang sedia ada.
Penyelidikan ini telah menghasilkan satu inovasi aplikasi yang sesuai untuk pembelajaran Geografi
di mana ia terhasil daripada sokongan pelajar dan guru-guru yang terlibat dalam pengajaran dan
pembelajaran Geografi sekolah negeri Kedah dan Perlis.
Majlis pada kali ini diadakan khas untuk
memberi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung serta
sebagai penanda aras kepada inovasi terkini dalam memantapkan kualiti pengajaran dan
pembelajaran Geografi di sekolah.
Antara VIP yang dijemput, mewakili universiti, jabatan pendidikan negeri Kedah dan Perlis, serta tetamu utama, tuan rektor UiTM Arau;
Ucapan yang disampaikan oleh antara peneraju utama projek, Tn. Hj. Rodzli Hashim,
YDP MGC Malaysia merangkap Pengerusi Panitia Geografi Negeri Kedah;
Perbincangan dengan ketua projek, Prof. Madya Dr. Zakaria Mat Arof,
Ketua Pusat Pengajian, Fakulti Senibina Perancangan & Ukur (Geomatik)
merangkap Ketua Projek GIS Team)
Tuan rektor di sesi sidang media RTM
Antara input yang dibentangkan dalam seminar;
Aplikasi GIS-KIT boleh dilayari melalui laman INI
Inilah kit yang dibina, perlu digunakan untuk
mendapatkan maklumbalas bagi penambahbaikan
GIS Team Kedah
Tshirt rasmi GIS Team
Moga usaha yang sedikit ini akan memberi manfaat yang besar kepada pendidikan Geografi sekolah menengah, sekaligus membantu meluaskan ruang untuk subjek ini terus bertakhta sebagai salah satu subjek penting di persada pendidikan negara selepas ini, Insya Allah.