Sunday, 28 March 2021
Tuah Ayam Nampak di kaki...
Sekalung tahniah dan syabas Majlis Guru Cemerlang SBPI Kubang Pasu ucapkan kepadaPn. Asmaniza binti Yop, Guru Cemerlang Geografi merangkap AJK Kajian Tindakan MGC iKUPS yang telah dinaikkan pangkat ke pemangkaun Gred DG52 baru-baru ini. Semoga kenaikan pangkat ini memberi inspirasi kepada semua guru untuk terus meningkatkan kualiti dan memohon guru cemerlang ke gred yang lebih tinggi! Tahniah & Syabas!
Monday, 23 March 2020
MANFAATKAN CUTI DENGAN ULANGKAJI
Saturday, 22 February 2020
Kem KBAT Tingkatan 3 2020
Meneruskan tradisi kecemerlangan, MGC iKUPS telah membawakan kem Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) kepada pelajar-pelajar Tingkatan Tiga tahun 2020. Kem ini sepatutnya diadakan sewaktu mereka di tingkatan dua tahun lepas, tetapi atas beberapa masalah teknikal, ia ditunda ke 18 Fb 2020 tahun ini. Kem ini dijalankan di Inapan Siswa (Inasis) Petronas, Universiti Utara Malaysia dengan mendapat kolaboratif daripada MPP Inasis Petronas.
Kem ini menggunakan Modul KBAT Tahap Pertengahan yang telah digubal oleh MGC iKUPS. Bertemakan Jom Makan!, kem ini terbahagi kepada dua aktiviti: aktiviti KBAT dalam subjek dan aktiviti Projek KBAT. Dalam aktiviti KBAT berasaskan mata pelajaran, sebanyak enam (6) stesen telah diwujudkan iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Geografi, Sains, Matematik dan edu-games. Kandungan aktiviti tersebut menjurus kepada pembelajaran berasaskan penyelesaian masalah dengan mementingkan konsep kolaboratif dan koperatif. Aktiviti di stesen Bahasa Melayu, sebagai contoh mengambil membina perkataan daripada kata induk dan penggunaan tarsia dalam pembelajaran. Subjek Sains pula menekankan aspek nutrisi dan pembiakan.
Bagi projek KBAT, program ini diambil secara terpilih beberapa aktiviti dalam Project Based Learning . Pelajar digalakkan berkolaboratif dan berfikir secara kreatif untuk menyiapkan menu hidangan sihat berdasarkan keperluan setiap ahli kumpulan. Ahli kumpulan diukur BMI dan dikehendaki menjelaskan secara teori masalah setiap ahli kumpulan. Kemudian mereka dikehendaki menyediakan menu makanan yang seimbang menggunakn bahan-bahan yang disediakan urus setia. Aktiviti ini agak 'havoc' apabila peserta bersaing untuk menda[atkan bekalan bahan mentah dan mereka menu hidangan yang ringkas tetapi menepati solusi masalah pemakanan ahli kumpulan mereka.
Program dirasmikan penutupannya oleh Pengetua Inasis Petronas, Tuan Haji Mohd Fairuz yang juga AJK PIBG SBPI Kubang Pasu. Beliau gembira kerana dapat membantu menjadikan pembelajaran pelajar lebih interaktif dan mengamalkan pendekatan kontekstual dalam membina pemikiran KBAT. Beliau juga berharap jaringan antara Inasis Petronas dengan sekolah akan terus diperkukuh dengan pelbagai aktviti yang menarik. Program berakhir jam 5.30 petang.
Thursday, 23 January 2020
Permukiman 2020
![]() |
| Tahang bot 'nambang, katenyer.... |
Selepas menimati angin segar dan asin laut, kami diberi taklimat tentang batuan dan keistimewaan Geopark Kilim oleh Pengurus Langkawi UNESCO Global Geopark (UGGp), En. Azmil Munif bin Mohd Bukhari. Banyak info rupanya! Selalunya kalau bersama-sama keluarga dan rakan-rakan, selepas mabuk laut di Klim, terus menikmati ikan bakar Buki Malut, tapi kali ini sijamu dengan maklumat yang tidak sedikit di Pusat Penerangan Geopark! Terima kasih, En. Azmil!
Saturday, 31 August 2019
PERTANDINGAN INOVASI TONG KITAR SEMULA INTER-CLASS
- Tong kitar semula menepati syarat tong yang ditetapkan
- Pembentangan kepada hakim yang paling meyakinkan
- Kreatif, inovatif
- Tong digunakan sepenuhnya oleh semua warga kelas
- Tahan lasak
- Mesra pengguna
- Kelas bersih sepanjang masa pelaksanaan dan penghakiman
- Barang kitar semula yang dikutip warga kelas mesti dijual pada 20 OGOS 2019 dah memperoleh kutipan tertinggi
Sebenarnya, penghakiman masih belum selesai, jadi pemenang tak boleh reveal lagi kat sini ")
Jom tengok kekreatifan pelajar-pelajar ni ")








































