Jangan salah sebut! ")
Bukan kelakar, tapi K'LAKA ialah singkatan kain-lap-kaki :-)
Anda semua tahu, kan.
Di
Malaysia, penerapan amalan 3R dalam kalangan masyarakat dibuat bertujuan untuk
mengurangkan penjanaan sisa pepejal dan seterusnya mengelakkan bahan kitar
semula dilupuskan di tapak pelupusan. Pihak kerajaan sendiri telah mensasarkan
pencapaian kadar kitar semula di Malaysia sebanyak 22% menjelang tahun 2020.
Di sekolah, pembudayaan amalan 3R
ini perlu dipupuk kepada seluruh warganya supaya setiap ahli dalam komuniti
sekolah tahu tentang kebaikan amalan ini seterusnya menjadikannya sebagai rutin
dalam kehidupan:
- Amalan Kurangkan (Reduce) dapat mengelakkan pembaziran
barangan dan wang.
- Amalan Guna Semula (Reuse) mengelakkan pembelian bahan baru.
Sebagai contoh, penggunaan produk isian semula lebih murah dan mesra alam.
- Amalan Kitar Semula (Recycle) selain dapat menjana tabungan
dengan menjual kepada pusat kitar semula atau pembeli barangan kitar semula
berdekatan.
Di sekolah, antara masalah yang PERGEO kenalpasti ialah longgokan baju-baju yang jatuh dari ampaian dan tidak dikutip. Kaya bebenor bebudak ni ya :-)
Longgokan baju yang dipungut oleh makcik cleaner diletakkan di satu ruang khas bertujuan memudahkan tuan punya baju mencari dan mengambil semula baju mereka.
Tapi kan, berapa % je pelajar ambil balik baju, selebihnya dibiarkan tidak bertuan. Longgokan baju ini, selain menyakitkan hati dan pandangan mata, boleh juga mengundang kehadiran haiwan berbisa seperti ular dan kala jengking. Maklumlah, tempat sejuk dan 'wangi'.
Jadi PERGEO kitar semula baju-baju tersebut menjadi K'LAKA!
Sebenarnya idea K'LAKA ni diperolehi daripada cadangan seorang ahli persatuan iaitu Zaim.
Jom tengok suasana penyediaan K'LAKA ni :-)
Tunjuk cara menyediakan K'LAKA
semasa perjumpaan persatuan;
Penyediaan K'LAKA oleh
PERGEO tingkatan 5;
Boleh buat kain lap kaki saja ke? 😊
Tak, kami juga jadikan K'LAKA sebagai alas periuk panas!
Alhamdulillah :)
Diharapkan agar inisiatif ini
menjadi titik permulaan yang baik bagi meningkatkan kesedaran warga SBP
Integrasi Kubang Pasu terhadap kepentingan menguruskan sisa pepejal dengan betul
seterusnya menjaga kebersihan dan keharmonian kawasan sekolah.