Monday, 3 August 2015

ERTI HIDUP PADA YANG MEMBERI

Jun hingga Ogos yang indah!

Alhamdulillah, menerima Anugerah Ikon Guru dan Anugerah Guru Inovatif (Individu Menengah) di peringkat negeri dan daerah untuk kedua-dua kategori. Syukur dipanjatkan ke hadratNya atas rezeki dari sumber yang tidak disangka-sangka ini. Sememangnya rezeki tidak pernah silap alamat! 

Walau bagaimanapun, sebagai self reminder; kegagalan adalah ujian, kejayaan juga ujian. Semoga peristiwa-peristiwa indah ini (beserta scene-scene yang bakal berlaku selepas ini), dilihat dengan pandangan yang positif, terus ditafsir dalam hati, seterusnya menjadi wake up call untuk memuhasabah diri menjadi insan yang lebih bermanfaat, lebih tunduk kepada perintahNya melalui didikan-didikan ini!



Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Kedah di 
Dewan Seri Negeri, Wisma Darul Aman pada 16 Jun 2015




Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kubang Pasu bertempat di
Dewan Besar, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Darul Aman pada 3 Ogos, 2015


Sunday, 31 May 2015

PRAKARSA MENUJU PUNCAK

Buku Prakarsa Menuju Puncak telah dilancarkan semasa sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Kedah pada tahun 2013. Pn. Asmaniza Yop dan En. Ariffin Salleh telah menghasilkan penulisan bertajuk iKUPs : Le Diamant Au Nord yang menceritakan jerih perih perjalanan warga SBP Integrasi Kubang Pasu ke arah menggapai kejayaan.





Kisah selanjutnya, sila dapatkan naskhah ini di perpustakaan.

Friday, 10 April 2015

PERSATUAN GEOGRAFI - EKSPLORASI ILMU @ PADANG, INDONESIA


Tarikh : 7-10 Disember 2014
Tempat : Padang-Bukittinggi, Indonesia
Ketua Projek : Pn. Asmaniza bt Yop



















Friday, 23 January 2015

BENGKEL PENINGKATAN GEOGRAFI SPM NEGERI KEDAH

Bengkel ini diadakan pada 22 Februari 2015 bertempat di PPD Kota Setar melibatkan guru-guru Geografi tingkatan 4 dan 5 negeri Kedah. Antara penceramah yang memberi sumbangbakti dalam program ini ialah Tn. Hj. Rodzli Hashim (P&P Abad Ke-21), Tn. Hj. Sadli Abdullah (KBAT) dan En. Sahidan Romli (iThink).