Wednesday, 28 August 2019
JAMUAN PERPISAHAN DENGAN PROTEGE MGCiKUPs
Cikgu Omar, yang diprjekkan untuk memohon GC telah berjaya memperoleh biasiswa HLP . Beliau akan menyambung pelajaran di peringkat Master di Universiti Sains Malaysia, mulai September 2019. Nampaknya muitara iKUPS ini akan berehat seketikan dari dunia persekolahan, untuk ke peringkat yang lebih baik selepas ini. Tahniah dan syabas cikgu Omar! Kami menantikan kepulangan anda ke iKUPS dua tahun lagi...
Tuesday, 20 August 2019
5R : SATU PENDIDIKAN LUAR BILIK DARJAH YANG BERBEKAS
Friday, 19 July 2019
BENCHMARKING AND TEAMBUILDING MGC KUBANG PASU KE SELATAN THAILAND
Seramai 5 orang ahli MGC iKUPS terlibat meramaikan program Benchmarking dan Teambuilding MGC Daerah Kubang Pasu ke Selatan Thailand pada 12-13 Julai 2019. Program yang bertujuan membina hubungan dengan institusi pendidikan di Selatan Thailand ini mendapat kerjasama penuh daripada Pejabat Pendidikan Wilayah Songkha. Pegawai mereka, En. Romlee Sumalee. Kami menzirahi sebuah sekolah swasta, Burumsuksa Islamic Boarding Shcool, Satun yang mengintegrasikan kurikulum penddikan agama dan kurikulum Thailand. Menarinya, walaupun sekolah ini ialah sekolah agama, mereka mengajarkan kemahiran hidup seperti pertanian, pertukangan tangan dan lain-lain sebagai sebahgian daripada kurikulum mereka. Jadi, bagi pelajar yang memperoleh preatasi yang baik dalam pelajaran mereka akn menyambung pengajian di peringkat tinggi, tetapi bagi mereka yang berhasrat untuk terus bekerja selepas pendidikan mereka; kemahiran yng dimili membolehkan mereka membina kerjaya sendiri. Lawatan ini sungguh bermakna bagi menjalinkan hubungan yang lebih erat dengan negara jiran, yang kebetulan hanya 'sebelah pagar' sahaja dari iKUPS!
Wednesday, 10 July 2019
SALAM iKUPS SEDERAP!
Thursday, 20 June 2019
REUSE : KITCHEN GARDEN PERSATUAN RBT
Thursday, 2 May 2019
KOMPOS : KAEDAH MIKROORGANISME EFEKTIF
Wednesday, 24 April 2019
REUSE : HEBATNYA INOVASI BADAR!
Projek aquaponik ini dinamakan sebagai Inovasi Re-Wuduk.
Projek ini dijalankan bertujuan untuk menggunakan semula air musta'mal bagi menyiram tanaman-tanaman di surau. Konsep ini dicetuskan bagi mengimplementasikan kaedah kesuburan melalui wuduk yang memberi tamsilan kepada 'kesuburan hati'.
Objektif bagi penghasilkan inovasi ini adalah seperti berikut :
- Menyelesaikan masalah pembaziran air di surau.
- Menyedarkan para pelajar betapa pentingnya penjimatan dalam menggunakan air yang juga dituntut dalam Islam.
- Menarik minat pelajar mencintai alam sekitar.
- Memupuk dan meningkatkan kerjasama dalam kalangan pelajar.
Projek ini tidak memerlukan kos yang tinggi kerana hanya menggunakan air tadahan bekas wuduk pelajar. Sistem ini mendatangkan keuntungan kepada sekolah kerana dapat menyumbang kepada penyelesaian masalah bil air yang tinggi.



































