Tuesday, 20 August 2019
5R : SATU PENDIDIKAN LUAR BILIK DARJAH YANG BERBEKAS
Friday, 19 July 2019
BENCHMARKING AND TEAMBUILDING MGC KUBANG PASU KE SELATAN THAILAND
Seramai 5 orang ahli MGC iKUPS terlibat meramaikan program Benchmarking dan Teambuilding MGC Daerah Kubang Pasu ke Selatan Thailand pada 12-13 Julai 2019. Program yang bertujuan membina hubungan dengan institusi pendidikan di Selatan Thailand ini mendapat kerjasama penuh daripada Pejabat Pendidikan Wilayah Songkha. Pegawai mereka, En. Romlee Sumalee. Kami menzirahi sebuah sekolah swasta, Burumsuksa Islamic Boarding Shcool, Satun yang mengintegrasikan kurikulum penddikan agama dan kurikulum Thailand. Menarinya, walaupun sekolah ini ialah sekolah agama, mereka mengajarkan kemahiran hidup seperti pertanian, pertukangan tangan dan lain-lain sebagai sebahgian daripada kurikulum mereka. Jadi, bagi pelajar yang memperoleh preatasi yang baik dalam pelajaran mereka akn menyambung pengajian di peringkat tinggi, tetapi bagi mereka yang berhasrat untuk terus bekerja selepas pendidikan mereka; kemahiran yng dimili membolehkan mereka membina kerjaya sendiri. Lawatan ini sungguh bermakna bagi menjalinkan hubungan yang lebih erat dengan negara jiran, yang kebetulan hanya 'sebelah pagar' sahaja dari iKUPS!
Wednesday, 10 July 2019
SALAM iKUPS SEDERAP!
Thursday, 20 June 2019
REUSE : KITCHEN GARDEN PERSATUAN RBT
Thursday, 2 May 2019
KOMPOS : KAEDAH MIKROORGANISME EFEKTIF
Wednesday, 24 April 2019
REUSE : HEBATNYA INOVASI BADAR!
Projek aquaponik ini dinamakan sebagai Inovasi Re-Wuduk.
Projek ini dijalankan bertujuan untuk menggunakan semula air musta'mal bagi menyiram tanaman-tanaman di surau. Konsep ini dicetuskan bagi mengimplementasikan kaedah kesuburan melalui wuduk yang memberi tamsilan kepada 'kesuburan hati'.
Objektif bagi penghasilkan inovasi ini adalah seperti berikut :
- Menyelesaikan masalah pembaziran air di surau.
- Menyedarkan para pelajar betapa pentingnya penjimatan dalam menggunakan air yang juga dituntut dalam Islam.
- Menarik minat pelajar mencintai alam sekitar.
- Memupuk dan meningkatkan kerjasama dalam kalangan pelajar.
Projek ini tidak memerlukan kos yang tinggi kerana hanya menggunakan air tadahan bekas wuduk pelajar. Sistem ini mendatangkan keuntungan kepada sekolah kerana dapat menyumbang kepada penyelesaian masalah bil air yang tinggi.
Tuesday, 5 March 2019
RECYCLE : K'LAKA
Di Malaysia, penerapan amalan 3R dalam kalangan masyarakat dibuat bertujuan untuk mengurangkan penjanaan sisa pepejal dan seterusnya mengelakkan bahan kitar semula dilupuskan di tapak pelupusan. Pihak kerajaan sendiri telah mensasarkan pencapaian kadar kitar semula di Malaysia sebanyak 22% menjelang tahun 2020.
Di sekolah, pembudayaan amalan 3R ini perlu dipupuk kepada seluruh warganya supaya setiap ahli dalam komuniti sekolah tahu tentang kebaikan amalan ini seterusnya menjadikannya sebagai rutin dalam kehidupan:
- Amalan Kurangkan (Reduce) dapat mengelakkan pembaziran barangan dan wang.
- Amalan Guna Semula (Reuse) mengelakkan pembelian bahan baru. Sebagai contoh, penggunaan produk isian semula lebih murah dan mesra alam.
- Amalan Kitar Semula (Recycle) selain dapat menjana tabungan dengan menjual kepada pusat kitar semula atau pembeli barangan kitar semula berdekatan.
Sebenarnya idea K'LAKA ni diperolehi daripada cadangan seorang ahli persatuan iaitu Zaim.






































