Sunday, 10 February 2019

KOMPOS : LARUTAN ENZIM

Berpeluang meninjau sekitar asrama dan dewan makan, rasa macam nak tabik hormat kepada orang kuatnya, Puan Jainon Ngaini, Pen. Kanan Hal Ehwal Murid yang konsisten menjalankan projek pengkomposan iaitu menyediakan larutan enzim daripada sisa sayur-sayuran dan buah-buahan yang diambil dari dewan makan asrama. 

Antara bahan asas yang digunakan termasuklah :
  • Sisa sayur-sayuran
  • Kulit buah-buahan
  • Gula merah
  • Air putih
  • Kalsium karbonat
  • Minuman Yakult

Cara penyediaan :
  • 3 kg sisa sayur-sayuran dan kulit buah-buahan yang dikumpul dicincang dan digaulkan.
  • Masukkan ke dalam satu tong takungan.
  • Bancuh gula merah dengan 10 liter air dan gaul dengan bahan yang dicincang tadi.
  • Gaulkan adunan dengan sedikit (sejemput) kapur – Kalsium Karbonat .
  • Tuang sebotol minuman Yakult dan digaul adunan menjadi rata.
  • Tutup tong supaya adunan terperam selama 14 hari.  
Larutan yang telah siap digunakan oleh warga asrama untuk tujuan-tujuan yang telah ditetapkan, antaranya sebagai baja tanaman taman herba dan sebagai bahan pencuci longkang di kawasan asrama.
 
 







Projek ini mendapat sambutan yang baik daripada seluruh warga asrama. 
Sisa buangan dari dapur dewan makan dapat dikurangkan.

 Warga asrama memperoleh ilmu dan pengetahuan dalam 
menjaga alam sekitar yang tidak diperolehi dalam kelas.


Saturday, 1 December 2018

PROGRAM PENDIDIKAN MARIN GURU-GURU SMoKBJ DAN GURU-GURU GEOGRAFI KUBANG PASU

Sebenarnya, sebaik sahaja kami kembali dari trip Singapura temph hari, mata terus tertancap kepada ajakan Cikgu Johari, Pengetua SMoKBJ ke program snorkeling di Taman Laut Pulau Payar.

Disebabkan program ni sehari saja, naik bot di Kuala Jerlun yang hanya mengambil masa 45 minit sahaja berbanding dari Pulau Langkawi yang mengambil masa hampir dua jam dan paling penting misi untuk berlatih berenang dan menyelam dengan lebih cekap, maka cepat-cepatlah kami membentuk group baru, ajak kawan-kawan iKUPs girls sekali. Dapatlah dalam 21 peserta gitu. Cekap tak? :-)
Kami bertolak lebih kurang jam 9.00 pagi dengan jumlah peserta keseluruhan 
seramai 50 orang (5 bot laju!). Sebuah bot memuatkan 10 orang saja. 

 
Alhamdulillah, cuaca baik, laut tenang ja membolehkan bot meluncur laju ke Pulau Payar. Seronok sebab semua 5 bot seolah-olah berlumba-lumba di laut, zupppp meluncur laju membelah Selat Melaka. Syukurlah semuanya ok. Takde mabuk-mabuk laut.
Program di Pulau Payar dimulakan dengan ice breaking serta taklimat tentang Taman Laut Pulau Payar oleh pegawai Jabatan Taman Laut Malaysia (JLTM). Kami juga didedahkan dengan teknik water confidence disusuli dengan aktiviti snorkeling yang turut dikendalikan oleh mereka.




Makan tengah hari secara pot luck, solat pun buat atas pasir saja 
(tak sempat ambik gambar)


Alhamdulillah berendam dalam laut seharian, tapi tak terasa penatnya. Petangnya, kami semua bergroup photo tanda kenangan bersama pihak JTLM. Siap dapat cenderamata lagi berupa poster, risalah dan juga ensiklopedia berkaitan taman laut Malaysia.



Satu pengalaman terbaik!

Sunday, 18 November 2018

LELAKI KIRIMAN TUHAN

Yups, mungkin terinspirasi daripada lokasi penggambaran drama yang tengah hangat di tv sekarang ni, maka inilah dia destinasi Retreat MGC iKUPs tahun ini.

Serius, suasana yang tenang seperti di kampung, pemandangan super indah serta tarikan geologi dan biodiversiti yang hebat dapat melepaskan lelah dan melupakan sebentar hal-hal sekolah yang tidak berkesudahan.

Apapun, kali ini kami kembali retreat untuk beberapa tujuan:

  • Menyelesaikan penulisan Modul KBAT dan PAK 21
  • Pasca nilai program-program serta sumbangan MGC iKUPs 2018 dan membincangkan perancangan MGC iKUPs 2019
  • Sumbangsaran cadangan pembentukan budaya iKUPs (Majlis Kecemerlangan HEM)
  • Perkongsian amalan terbaik bersama YDP MGC Kubang Pasu
Jemput cuci mata!
Cantik, sesuai untuk mereka yang nakkan suasana kampung yang permai dan privacy

Ambil gambar dulu sebelum sepahkan '')

Banyak gerai makan dan restoran di luar kawasan resort, tapi kami banyak makan di restoran dalam resort ni saja. Sarapan pagi disediakan. Yang lain bayar sendiri. Agak banyak menu, servis dan rasa not bad

Senyum kelat ja semua, maklumla banyak kena fikir, tanggung dan jawab!

Aktiviti siang create sendiri, boleh exercise di gym, mandi-manda lepas tu buat photoshoot. Bestnya sebab hanya kami conquer kawasan resort. Pengunjung lain tak ramai. Kalau cuti sekolah dah mula agaknya tak dapatlah suasana privacy macam ni
 
Melepaskan batok di tangga!. 
Inilah dia batok yang diungkap dalam peribahasa Melayu kita. 
Batok = Tempurung

Ya, inilah dia lelaki kiriman Tuhan tu:-)
Syukurlah Ikon STEM Malaysia kita ni free, jadi bolehlah ajak berdiskusi santai tentang banyak isu!

Tq banyak-banyak Cikgu Norhailmi Abdul Mutalib, 
juga seorang guru cemerlang dari SMK Jerlun

Jemput baca perkongsian beliau di SINI
Alhamdulillah, program serampang dua mata ini berjalan lancar. Selain dapat menyelesaikan tugas sebagai think tankers sekolah, dapat juga spend masa berkualiti dengan family dalam 'percutian singkat' ni.


Oh ya, kalau nak tau lebih lanjut tentang destinasi retreat MGC iKUPs ni, boleh layari https://kerianghill.com.my/.

Very recommended!

Tuesday, 6 November 2018

KE SINGAPORE KALI INI!

Lepas trip Krabi Phuket pada Mac dan Hatyai pada Jun 2018, Panitia Geografi Daerah Kubang Pasu sekali lagi menganjurkan lawatan ekplorasi geodiversiti antarabangsa ke Singapura pada 3-5 November 2018.

Lawatan ini bertujuan membuka peluang kepada guru-guru Geografi berdiskusi sambil meneroka kepelbagaian geo di negara Hang Nadim itu.



InsyaAllah till next trip!

Thursday, 1 November 2018

SESI KUNJUNG HORMAT MGCNK KE JPN KEDAH

Alhamdulillah, misi utama untuk berjumpa dengan tuan Pengarah Pendidikan Negeri Kedah yang baru iaitu En. Abd Aziz b Selaiman dapat direalisasikan.

 

  
Banyak input yang kami perolehi hasil daripada sesi kunjung hormat ini. 

Moga-moga pertemuan banyak mata serta perbincangan dua hala yang dibuat akan membuka jalan kepada warga MGC Kedah melaksanakan pelbagai program bagi memartabatkan semula peranan guru cemerlang di negeri Kedah ini.

MISSION ACCOMPLISHED!

Alhamdulillah, akhirnya hasil penat lelah menulis buku-buku kerja ini dah mendatangkan hasil. Insya Allah buku-buku ini akan berada di pasaran mulai tahun depan.

 
Jangan lupa beli. Dan doakan supaya dipermudahkan 
untuk hasilkan penulisan seterusnya!