Saturday, 28 October 2017

PRIMATE EDUCATION CAMP

Alhamdulilah.
Primate Education Camp selesai dengan jayanya. 3 hari 2 malam rasa sat ja. Jemputan dari alumni OXSIKA iKUPs, Saudara Zaki takkan kami lepaskan sebab tahu banyak peluang menambahkan ilmu baru menanti!

Untuk pengetahuan semua, PRIMATE EDUCATION CAMP (24-26 October 2017) merupakan satu program anjuran Malaysian Primatological Society, Pusat Pengajian Sains Kajihayat USM dan Primate Watch Malaysia dengan kerjasama Majlis Penghuni Desasiswa Tekun USM dan Persatuan Bekas Pelajar Integrasi Kubang Pasu (OXSIKA).  
 


Day 1 - Zoo Taiping & USM

“Ice breaking” dan taklimat daripada pihak penganjur serta pembahagian kumpulan, pengenalan tentang primata dan ekologi tempatan, 
pembahagian kertas soal selidik ENTRY, 
pembahagian kertas analisis data
  

Primate Watch Game!


Terus ke USM!

Penyerahan program adik angkat MPD Tekun
Check in ke desasiswa  

 

Workshop 1- Communication Science
Workshop 2- Ekologi Hutan - “USM tour”
  

Assignment 1- “Siapa saya?” 
Persembahan kumpulan tentang logo dan tema kumpulan berasaskan primata. 

 






Day 2 - Taman Negara Pulau Pinang






Jungle trekking & gotong royong membersihkan Monkey Beach



Workshop 3 - “Don’t touch ‘em!”  


 





Balik dari sini, student terus ke conference room PPSKH 
untuk attend workshop keempat iaitu Analisis Data


Pembentangan assignment kedua pada sebelah malamnya;


Day 3 - Pusat Pengajian Kajihayat, USM
Workshop – Pemuliharaan dan Manusia  
Assignment 3- Pertandingan Projek “Kalau Aku Kaya…”  

 
 
 

Juri profesional mengadili pembentangan;

 

Majlis penutupan dan penyampaian hadiah, 
disempurnakan oleh Profesor Kehormat PPSKH, Profesor Dr Mashhor Mansor;  

 

 Penyampaian cenderamata daripada warga iKUPs kepada kakak dan abang fasilitator, seterusnya bergambar kenang-kenangan sebelum meninggalkan kampus USM;

  

Apapun, tahniah dan terima kasih kepada warga Malaysian Primatological Society, Pusat Pengajian Sains Kajihayat USM dan alumni OXSIKA yang menaja serta memastikan kelancaran keseluruhan program. 


Buat Master Zaki Zainol (SPM 2009) dan Dr2be Shikin (SPM 2006), 

Gunung tinggi menjulang awan
Gagah mendaki tak rasa gayat
Sememangnya resam sang cendekiawan
Berkongsi ilmu sepanjang hayat


Tuesday, 24 October 2017

Tuesday, 3 October 2017

RETREAT : BENGKEL PACAK 21

Berbekalkan tekad untuk terbilang, Majlis Guru Cemerlang SBP Integrasi Kubang Pasu (MGCiKUPS) mengorak langkah meningkatkan profesionalisme GC iKUPS. Bengkel Pemurnian Modul Pembelajaran& Pemudahcaraan Akademik Cemerlang Abad ke-21 (PACAK-21) telah berjaya dijalankan di Federal Villa Langkawi pada 28 hingga 30 September 2017. Bengkel ini telah dihadiri oleh enam orang guru cemerlang dan dua guru bimbingan GC serta Penolong Kanan merangkap caretaker MGCiKUPS, En. Hisamuddin bin Kamis. Lebih membanggakan, guru-guru cemerlang iKUPS ini telah dibimbing oleh fasilitator muda yang juga alumni iKUPS, Sdr. Hasif Sukri, graduan UPSI dalam bidang Multimedia dengan Pendidikan. 

Selama tiga hari dua malam, Bengkel PACAK-21 ini telah berjaya merumuskan dan memurnikan konsep penulisan Modul Aktiviti KBAT dalam Pembelajaran Luar Bilik Darjah dan Modul RPH P&Pc Abad ke-21. Peserta bengkel juga telah diberi pendedahan asas teknik pengeditan video menggunakan perisian pengeditan movie. Tujuannya adalah untuk menyediakan asas kepada guru-guru cemerlang iKUPS mengongsikan idea dan teknik P&Pc menggunakan medium video. 

Pada akhir bengkel bertemakan santai ini, semua peserta telah diberi tugasan khusus bagi menyiapkan penulisan akhir untuk kedua-dua modul serta membikin sebuah video pendek berdurasi lima minit Bengkel PACAK-21. Semoga semua peserta dapat menyiapkan tugasan dalam tempoh masa yang diberi.

Tahniah!!!

#PACAK21 #MGCiKUPS #bertekad terbilang #kerjacuti




Perkongsian pengalaman, bengkel multimedia, recap PAK-21 dan lain-lain pengisian selama 2 malam. Terima kasih anak murid, banyak cikgu-cikgu belajar daripada awak!;



Tuan Caretaker, para GC dan bakal GC yang direkrut :-)


Mission accomplished!
 

Titipan daripada ibu Hasif khusus untuk kami;

Thursday, 21 September 2017

MENUJU PUNCAK



Indah sungguh warna pelangi,
Tidak luput hingga senja;
Ke lurah sama diharungi,
Usaha bersama membawa bahagia.

Sawah padi luas terbentang,
Kuning keemasan indahnya maya;
Percaya-mempercayai asas berpegang,
Barulah muafakat kekal selamanya.

Harum sungguh bunga melati,
Hiasan sanggul amat memikat;
Bertolak ansur, hormat-menghormati,
Mengukuhkan perpaduan ikatan muafakat.

Saturday, 16 September 2017

MAJLIS APRESIASI SEMPENA PERSARAAN YDP MGC KEDAH

Bertempat di Dewan Halia, Hotel Grand Alora Alor Setar, Majlis Apresiasi Sempena Persaraan Tn. H Rodzli bin Hashim, mantan Yang Dipertua Majlis Guru Cemerlang Malaysia merangkap mantan YDP Majlis Guru Cemerlang Kedah telah diadakan. Majlis yang berlangsung pada 14 Sptember 2017 itu berlangsung sederhana tetapi begitu bermakna kepada warga MGC Kedah. Majlis yang dianjurkan oleh Majlis Guru Cemerlang Negeri Kedah itu turut dihadiri oleh tigaorang wakil MGC iKUPS iaitu En. Ariffin, Pn. Asmaniza dan Pn. Aisyah. 

Tn. Hj Rodzli selaku orang lama dan banyak menyumbang kepada pemerkasaan Guru Cemerlang di seluruh negara telah menamatkan perkhidmatan sebagai warga pendidikan pada 13 September 2017 selepas lebih 30 tahun menyumbang khidmat baktinya kepada anak bangsa.


Dalam ucapannya, Tn. Hj Rodzli telah berkongsi pengalaman dan perjalanan beliau selaku pendidik yang bermula di SMK Mat Salleh, Ranau, Sabah pada 1981 sehinggalah beliau bersara di SMK Hutan Kampung, Alor Setar. Seolah-olah tiada kepahitan, beliau telah berkongsi detik-detik manis beliau bergelar pendidik, khususnya sebagai perintis guru cemerlang (Guru Pakar) DG 48 pada 1995 sehinggalah dilantik sebagai perintis Guru Cemerlang Gred Khas C pada 2007. Pengetahuan, pengalaman dan rasa hati beliau telah dicurahkan dalam majlis ini yang tidak dapat tidak akan menjadi inspirasi kepada semua guru cemerlang, khususnya di negeri Kedah. Beliau turut menayangkan tayangan slaid aktiviti beliau sebagai guru bersama-sama dengan murid-muridnya, selain kompilasi hasil kerja beliau yang sememangnya cukup tersusun.


MGC iKUPS yang turut menerima sentuhan dan nasihat langsung daripada beliau berasa bertuah kerana dapat mengenali dan menjadi sebahagain daripada warga guru cemerlang Malaysia di bawah bimbingan beliau. Nasihat, panduan dan tunjuk ajar yang diberikan beliau sesungguhnya akan menjadi azimat yang akan digunakan dalam meningkatkan lagi martabat dan maruahguru cemerlang, khususnya di iKUPS.

Tenang-tenang air laut,
Sampan kolek mudikke tanjung;
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi baik rasa nak junjung.



Tuesday, 5 September 2017

BENGKEL PERUNCINGAN GEOGRAFI SPM NEGERI KEDAH 2017

Pada 5 September 2017, bertempat di SMK Hutan Kampung, berlangsungnya Bengkel Peruncingan SPM Peringkat Negeri Kedah anjuran Panitia Geografi Negeri Kedah. Menariknya, program ini merupakan program terakhir yang dikendalikan oleh Tn. Hj. Rodzli Hashim, GC Geografi SMK Hutan Kampung sebelum beliau bersara wajib.






Cenderamata tanda penghargaan dan kenang-kenangan daripada warga Panitia Geografi Negeri Kedah;