Monday, 10 July 2017

MESYUARAT AGUNG MAJLIS GURU CEMERLANG NEGERI KEDAH 2017-2019

Tarikh : 10 Ogos 2018
Tempat : SMK Hutan Kampung

 

Perasmian oleh tuan Timbalan Pengarah JPN Kedah;












Mesyuarat Agung bermula;



Mantan AJK MGC Negeri Kedah 2015-2017;


Of course orang kuat MGC Kubang Pasu!;


Tahniah Tn. Haji Harum (GC BM SMK Sultanah Asma) atas pelantikan sebagai NYDP MGC Kedah dan Pn. Asmaniza (GC Geografi SBPIKP) sebagai setiausaha. Pn. Asmaniza merupakan ex-student Cikgu Harum, di pentas MGC bertemu jua :-);


Thursday, 25 May 2017

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH KUBANG PASU

Pada 25 Mei 2017, bertempat di Dewan Sri Mas, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Jitra, telah diadakan sambutan perayaan Hari Guru Peringkat Daerah Kubang Pasu. Majlis telah disempurnakan oleh YB Dato' Sri Mohd. Johari b Hj. Baharom, Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia, merangkap Ahli Parlimen Daerah Kubang Pasu.

Alhamdulillah 2 orang GC iKUPs telah menerima Anugerah Guru Akademik Cemerlang Sekolah Menengah iaitu En. Zahrul Fuad b Yang Razali dan Pn. Asmaniza bt Yop.


Bersama para GC Daerah Kubang Pasu yang turut sama menerima anugerah

Menerima anugerah daripada YB Dato' Jo

Bergambar kenangan bersama Datin Paduka Dato' Hajah Azuyah Hassan, 
Pengarah Pendidikan Negeri Kedah




Tahniah diucapkan!

Sunday, 8 January 2017

SETIAUSAHA PANITIA DAERAH

Semasa Mesyuarat Setiausaha-Setiausaha Panitia Daerah Kubang Pasu (Kemanusiaan) yang diadakan di Bilik Mesyuarat PPD Kubang Pasu baru-baru ini, En. Mohamad Azrin Hassan, Pen. PPD (Kemanusiaan) menyampaikan sijil penghargaan atas khidmat bakti kami semua sebagai setiausaha panitia daerah bagi subjek masing-masing. 

Walaupun hanya sekeping kertas, namun penghargaan seperti ini menyunti semangat untuk terus berkhidmat dengan lebih baik demi memastikan subjek kami terus cemerlang di sekolah amnya serta daerah Kubang Pasu khasnya!.


Terima kasih sekalung budi!

Wednesday, 5 October 2016

PETA PEMIKIRAN - PETA BULATAN

Bila aktiviti sumbangsaran diadakan untuk menggembeleng idea  dalam kalangan pelajar, maka peta bulatanlah yang paling sesuai digunakan untuk menulis kesemua idea yang dikongsi.

KENAPA PETA BULATAN?

Peta bulatan digunakan untuk mendefinisikan mengikut konteks. Ia juga membantu aktiviti sumbangsaran di mana dapat digunakan untuk menyenaraikan semua yang diketahui tentang perkara atau idea tertentu supaya perkara tersebut boleh diteroka.






PEMBELAJARAN ABAD KE 21 - PEMBENTANGAN HASIL SENDIRI

Rupanya kan, bukan susah nak attract student supaya berani bercakap di hadapan kelas, walaupun sebenarnya pelajar tu mungkin pemalu dan pendiam.

Bagaimana?

Beri MIKROFON!






Bila dipakaikan mikrofon, secara psikologi pelajar akan rasa macam kena bercakap dengan baik dan bersungguh-sungguh. Teori saya saja. Nanti kita cuba lagi!

Saturday, 1 October 2016

BENGKEL SKOR A+ GEOGRAFI SPM DAERAH KUBANG PASU 2016

Pada tanggal 22 Oktober 2016, bertempat di Dewan Darul Qiyam, SMK Pulau Nyior, Jitra, berlangsungnya bengkel ini kepada peserta yang terdiri daripada 120 orang pelajar sasaran A+ bagi subjek Geografi SPM tahun 2016. 

Program anjuran Panitia Geografi Daerah Kubang Pasu dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Kubang Pasu ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan, tambahan pula penceramah, En. Sahidan Romli, merupakan antara 'otai' Geografi yang disegani turun padang sendiri menyampaikan segala tips dan strategi dalam menghadapi kertas Geografi yang semakin mencabar ini. Paling mengujakan, guru-guru pengiring bertindak sebagai fasilitator dan mereka sendiri kemudian nanti akan kembali menyampaikan ilmu yang sama kepada pelajar-pelajar lain di sekolah masing-masing.

Saya bagi pihak Pengerusi Panitia Geografi Daerah Kubang Pasu ingin mengucapkan jutaan penghargaan kepada semua pihak atas kerjasama yang tidak berbelah bahagi yang ditunjukkan. Walaupun hanya bermesyuarat di alam maya sahaja, kita telah membuktikan bahawa kebersamaan dalam mencapai sesuatu target akan memudahkan perjalanan kerja buat kita walaupun di mana sahaja kita berada. Tahniah dan semoga usaha kecil kita ini akan membantu anak-anak didik kita mencapai keputusan gilang-gemilang dalam kertas Geografi SPM nanti.

Sesi pendaftaran;

Meriah. Pelajar pun bersungguh-sungguh memberi perhatian terhadap apa yang disampaikan oleh penceramah;











Teman bekerja, juga travel bersama-sama, hati berpaut kerana Allah;




Majlis penutupan ringkas;


Ucapan Tuan Pen. PPD (Kemanusiaan), En. Mohamad Azrin Hassan

Penyampaian sijil penghargaan kepada urus setia

TQ sekalung budi kepada tuan rumah

Penyampaian sijil penghargaan kepada penceramah. 
Hanya Allah sahaja yang layak membalas budi tuan!

Team Geografi Daerah yang umpama keluarga

All For One, One For All!