Wednesday, 24 August 2016

PERGEO : PERGEO JELAJAH LANGKAWI 2016

Selepas KeKAS 2011, PERGEO kembali ke Langkawi untuk meneruskan penjelajahan ilmu. Kebetulan pula, Eksplorasi PERGEO di Langkawi berlangsung setiap 5 tahun!

Kini, kami memilih Pulau Tuba sebagai destinasi kunjungan. 

Hari Pertama (Jumaat, 19 Ogos 2016);

Kami bertolak ke Jeti Kuala Perlis seawal jam 7.30 pagi. Semua nampak segar dan energetik. Maklumlah, recharge energy setahun sekali, kan :-)


Tiba di Jeti Kuah, kami menaiki bot tambang dari jeti Kedah Marble ke Jeti Lubuk Chempedak, Pulau Tuba. Perjalanan ke pulau hanya mengambil masa 15-20 minit sahaja.


1 km dari jeti, sampailah kami di sekolah indah ini. Kehadiran kami disambut dengan penuh mesra oleh warga SMK Langkawi dan of course sangat terpegun dengan kantinnya yang nampak eksklusif. Makanan yang menanti sudah tentu membuka selera!


Selepas solat Zohor, ada sesi ice breaking dengan pelajar-pelajar dari Kelab Alam Sekitar. Dan kami juga turut menerima taklimat perjalanan program daripada Cikgu Johari, Pengetua SMK Langkawi.


Kemudian, kami di bawa bersiar-siar untuk menikmati keindahan serta melihat keunikan budaya dan cara hidup masyarakat pulau.


Sempat shopping di pasar malam berhampiran klinik, apa lagi gerai yang dituju kalau tak gerai-gerai makanan macam ni!


Aktiviti malam - slot perkongsian amalan terbaik PERGEO dan juga Kelab Kitar Semula SMKLPT dan sesi menandatangani MOU antara kedua-dua sekolah;


Hari Kedua (Sabtu, 20 Ogos 2016);
 
Happy ja hari ni, bersemangat nak jungle trekking, hiking dan island hopping!;
 






Sarapan dulu. Juadah yang disajikan di kafeteria yang diusahakan oleh keluarga penyanyi Qody Mentor ni memang tidak pernah mengecewakan!;


Sesi memanaskan badan - aerobik sebenarnya :-)





Mula dengan jungle trekking dan hiking ke bukit belakang sekolah dulu. Polis pun ada untuk jaga keselamatan;




Nampak macam senyum, tapi sebenarnya penat bukan main 
sebab ada tempat yang kena mendaki 60 darjah!






Berjaya juga sampai ke puncak!,











Lepas makan tengah hari, rehat dan solat, kami turun ke laut untuk island hopping pulak. Best sangat, biar gambar saja berbicara!


Ni paling best, Pulau Dayang Bunting;










Balik ke pulau, kami menikmati mi udang di Teluk Cempedak pulak, terbaik!;


Aktiviti malam, warga SMKLPT menjamu kami dengan barbecue pulak. Semuanya makanan laut dan darat yang fresh. Tak perlu berpanas berasap, semua depa buat, tinggal nak makan ja ");








Hari Ketiga (Sabtu, 20 Ogos 2016);

Sekejap ja masa berlalu, dah sampai hari terakhir. 
Ops, yang berselfie dengan Amzar ni bukannya pelakon Fazren Rafi ya! 


Seperti biasa, hidangan sarapan pagi untuk kami 
- Ya Allah, ni hotel ke kantin sekolah ni ");


Lepas makan, kami balik ke Kuah dan di sana, bas yang disewa dah sedia menanti. Destinasi seterusnya sebelum ke jeti tentulah HIG kan, apa lagi :-);








Lokasi JJCM wajib, pekena soda herbs pulak kali ni ");


Dipendekkan cerita, akhirnya kami selamat tiba di iKUPs lewat petang. Sebelum melepaskan PERGEOians balik ke asrama, selepas menadah tangan mengaminkan doa kesyukuran, sempat lagi berpesan beberapa perkara-wajib-buat, rutin PERGEO bila balik trip. Penting okay!


Apapun, PeJAL 2016 memang best, tahniah kepada Pengetua SMKLPT En. Johari Jaafar yang pro aktif dan hebat serta warga SMKLPT yang sudi menerima dan melayani kami dengan baik sepanjang program berlangsung.

Ke pulau sudah, jemput bertandang ke bukit pula ya!

Saturday, 30 July 2016

SUMBANGAN BUBUR LAMBUK KEPADA GURU

Beberapa ahli MGC turut serta dalam proses menyediakan bubur lambuk sempena bulan Ramadhan yang akan disumbangkan kepada semua guru iKUPS. Pengalaman memasak skala besar yang sungguh bermakna!



Kecemerlangan bukan sahaja perlu dipupuk melalui kerja buat yang melibatkan core business kita, tapi juga wujud melalui kesepakatan kerja dan rasa kepunyaan dan kebersamaan sesama rakan setugas.

Thursday, 28 April 2016

PROGRAM BEST BELAJAR TINGKATAN 1

Alhamdulillah, salah satu program mega anjuran Majlis Guru Cemerlang iKUPS berlangsung dengan jayanya. Program yang diadakan pada 25 April 2016 ini dijalankan dengan kerjasama SyedFaizal Training & Consultant, antara konsultan motivasi belajar tersohor di Malaysia.

Antara pengisian program Sistem Best Belajar ini ialah:
  • Kemahiran belajar
  • Neuro-linguistic programming
  • Gagal - bangkit semula dan skor!
Modul yang disampaikan berfokus kepada 3 bahagian utama iaitu:
  • Best student - kaedah matlamat
  • Best result - 7 senjata minda
  • Best note - review kad best belajar dan nota minda Best Belajar
Perjalanan program pada hari tersebut :


Pengerusi majlis cilik dan bidan terjun, tapi sememangnya beliau sentiasa bersedia, Saudara Muhammad Fitri Sabri;


Bacaan doa oleh Saudara Muhammad Afif Abdullah;


Ucapan tuan PK, En. Hisamuddin Kamis, merangkap 'care taker' MGCiKUPS;


Pelajar sangat teruja. Tak sempat mengantuk pun walaupun acaranya sepanjang hari;












TQ rakan-rakan GC yang banyak membantu dan memberikan sokongan;


Best sangat!. Apa pun, keberkesaan program terletak kepada sejauh mana pelajar mengamalkan apa yang dipelajari dalam pembelajaran mereka. Guru juga berperanan menggalakkan pelajar menggunakan semua kaedah menarik ini dengan menerapkan kesemua teknik tersebut sebelum, semasa dan selepas proses P&P berlangsung.

Diharapkan semoga pelajar-pelajar tingkatan 1 akan mantap dalam pelajaran seterusnya mencapai standard akademik yang pihak sekolah dan SBP tetapkan. InsyaAllah.


Yay!

Tuesday, 5 April 2016

MESYUARAT MGC iKUPS KALI PERTAMA TAHUN 2016

MGC iKUPS mengadakan pertemuan ukhuwwah buat pertama kalinya tahun ini untuk membincangkan mengenai hala tuju tahun 2016. 

Ucapan alu-aluan Caretaker, En. Hisamudin Kamis. Beliau menyampaikan kata-kata nasihat dan semangat kepada para GC iaitu semua GC perlu sentiasa menjadi trend setters, menerima tugasan dengan persepsi yang positif dan bersedia menyumbangkan bakti kepada kecemerlangan sekolah.





Di akhir pertemuan, kami mencapai kesepakatan untuk melaksanakan beberapa projek di bawah MGC iKUPS seperti Wall of Fame, Bengkel NLP For Students, Lawatan Penandaarasan, Projek Baju Korporat dan juga penerbitan kompilasi P&P Abad ke 21 Terbaik. Doakan semoga usaha yang kecil ini akan memberi pulangan yang besar kepada masyarakat amnya, dan seluruh warga iKUPS khasnya.

Sunday, 3 April 2016

SEMINAR MENCERNAKAN MINDA

Pejabat Pendidikan Daerah Kubang Pasu dengan kerjasama MGC Kubang Pasu telah menganjurkan seminar tersebut bertujuan untuk meningkatkan profesionalisme guru cemerlang. Seminar ini telah berlangsung pada 3 April 2016 bertempat di Balai Muazzam, SM Sultan Abdul Halim.

Antara pengisian seminar ialah :
  • Ucapan daripada En. Norazlee Nor Rashid, Pen. PPD (Teknik / Vokasional) berkaitan Hala Tuju PPD Kubang Pasu 2016 iaitu ke arah PPDKP Optimis Pendidikan Masa Depan - Par Excellence, Number One in Malaysia
  • Ucapan daripada En. Shamsuri Othman, Pen. PPD (Sains / Matematik) tentang Hala Tuju Unit Akademik PPDKP.
  • Ucapan daripada En. Mohd. Azrin Hassan, Pen. PPD (Kemanusiaan) mengenai Semakan KSSR dan Penataran KSSM.
  • Perkongsian Pengalaman 80 hari di Korea oleh En. Norhailmi Abdul Mutalib, GC Sains SMK Jerlun.