Sunday, 10 January 2016

PERGEO : MENJEJAKI ACEH DARUSSALAM ~ KOTA DI ATAS PUING-PUING

Saya berpeluang membawa bersama Pentadbir serta rakan-rakan guru Geografi daerah Kubang Pasu berkunjung ke negeri serambi Makkah ini. Idea ini pada asalnya tidaklah begitu menarik perhatian rakan-rakan, namun akhirnya Allah izinkan program ini terlaksana jua tanpa sebarang masalah. Dan seronoknya, trip Banda Acheh memang sesuai untuk mereka yang malas berjalan jauh tapi still nak menikmati pengkisahan sejarah serta menghayati kepelbagaian senario alam yang ada di sini. Paling menarik, ramai antara kami berhabis berjuta-juta Rupiah semata-mata untuk shopping!. 

Di LTAB Pulau Pinang;




Sebaik tiba di Bandar Udara (Bandara) Sultan Iskandar Muda;


Antara destinasi lawatan hari pertama;



















Antara destinasi lawatan hari kedua;












































Antara destinasi lawatan hari ketiga;














































Hari terakhir di Banda Acheh;










Jauh berjalan luas pemandangan. Sememangnya banyak ibrah yang diperolehi hasil daripada lawatan ini. Semoga berpeluang untuk menjelajah di lebih banyak tempat lagi pada masa akan datang!



Saturday, 26 December 2015

KAMI




Pertemuan yang berlangsung pada 26 Mac 2015 ini, membawa kami bertemu secara dekat dengan Tn Haji Rodzli bin Hashim, NYDP MGC Negeri Kedah. Pertemuan selama hampir 4 jam itu, banyak memberi manfaat kepada kami yang mana baru ingin melebarkan sayap dalam kelompok Guru-guru Cemerlang di negeri Kedah, khususnya.


Antara titipan penting yang sempat dikutip dari Tuan Haji ialah, "kita juga seperti guru biasa, diberi tugas seperti guru-guru biasa, cuma apabila dilabel sebagai guru cemerlang, apa yang membezakan kita dengan guru-guru yang lain? Adakah tugas yang kita laksanakan itu, turut sama dengan apa yang guru lain lakukan? Di situlah perlu ada kelainannya, di situlah perlu ada kekreatifannya, keproaktifannya. Barulah layak kita berada di tahap ini." 


Sesi perkongsian ini amat santai tetapi sungguh bernilai. Banyak ilmu yang beliau curahkan dalam pertemuan dua hala ini. Lantaran mendapat cetusan oleh Tuan Haji,bahawa GC sebenarnya perlu bergerak di atas  sendiri (ekoran ada pentadbir sekolah yang tidak menyokong GC) maka, terilhamlah kami untuk memperkuatkan lagi persatuan GC di peringkat sekolah kami....Lantas pada tanggal 25 Ogos 2015 bermulalah AGM kami, iaitu mesyuarat penubuhan untuk kali yang pertama.


Pertemuan kami dengan tuan Haji berakhir pada jam 12.02 tgh dengan sesi penutupan penuh bermakna, "sekiranya cikgu-cikgu sekalian nak lagi saya datang, saya akan datang untuk bantu cikgu-cikgu sekalian..."



Julung-julung kalinya sejak saya bergelar GC, menghadiri seminar Tranformasi Kecemerlangan Pendididkan yang menghimpunkan semua Guru Cemerlang seluruh Negeri Kedah. Seminar berlangsung di Dewan SMK Ibrahim, Sungai Petani Kedah pada tanggal  16/8/2014


Di sini, kami sempat merakamkan foto pertama kami....yang dibarisi oleh, (dari kiri) GC Geografi, GC Matematik Tambahan, GC Bahasa Mandarin, GC Biologi, GC Bahasa Melayu dan GC Matematik. GC Sains (tiada dalam gambar)


Pertemuan serampang dua mata ini, menemukan kami dengan Pengarah Pelajaran Negeri, Datin Azuyah. Banyak ilmu dan nasihat dalam ucapannya yang mana melekat di hati saya..."Kita kena sayang, kena kasih kat anak murid kita..." 


Pertemuan bersurai setelah selesai sesi jamuan sempena Aidilfitri pada jam kira-kira 3.30 petang.




















Sunday, 6 December 2015

FIKIR-FIKIRKAN....


Apa yang kita terfikirkan apabila melihat beberapa situasi di bawah....?
Sebenarnya gambar-gambar ini ,telah mengubah banyak persepsi manusia terhadap orang di sekelilingnya, malah juga ke atas diri kita sendiri. Mungkin ada di kalangan kita pernah terbaca post ini di mana-mana, tetapi apakan daya, dek minat mendalam terhadap kata-kata hikmat serta kata-kata motivasi, ini adalah sebahagian dari koleksi yang ingin sangat dikongsikan....boleh di sebar untuk membakar semangat pelajar jua.... 

Sahabatku sekalian...


"teruslah bertekun dalam bekerja, nescaya ada habuan menanti"


"jadilah manusia yang rajin dan berusaha lebih sedikit daripada orang lain agar kita boleh maju ke hadapan"


"ingatlah wahai sahabatku sekalian, kadang-kadang tidak semua orang yang ingin menolong kita, benar-benar ingin menolong kita"


"rugilah kita apabila berputus asa di atas usaha kita yang bertahun dahulu, sedangkan kita sudah hampir dengan garisan penyudah"


"perjuangan yang tidak disertai dengan strategi yang baik, akan mengundang padah di akhirnya"


"apalah dinanti pada  jalan yang mudah, andai  berpayah sedikit sampai jua ke destinasi"

selamat berfikir!


Monday, 16 November 2015

Bengkel Pembinaan RPT BM Kubang Pasu

Bertempat di Bilik Mesyuarat PPD Kubang Pasu, Guru Cemerlang Bahasa Melayu SBPIKP telah bersama-sama dengan guru-guru Bahasa Melayu Tingkatan 4 & 5 daerah Kubang Pasu telah berkumpul bagi menjayakan bengkel pembinaan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) Bahasa Melayu Tingkatan 4 & 5. Cikgu Ariffin, GC BM I-KUPs telah dilantik sebagai fasilitator pembinaan RPT Tingkatan 4 manakala GC BM SM Sains Kubang Pasu sebagai fasilitator RPT Ting. 5. Program selama dua hari itu telah bermula pada 4 dan 5 November 2011. Bengkel anjuran bersama PPD Kubang Pasu, Panitia Bahasa Malaysia daerah Kubang Pasu dan MGC Kubang Pasu itu telah dihadiri oleh 12 orang guru BM dari sekolah-sekolah seluruh daerah tersebut. Pembinaan RPT ini bertujuan menyelaraskan topik yang akan dipelajari oleh pelajar pada tahun depan bagi memudahkan pembinaan item penilaian Ujian 1,2 dan 3. Hal ini sekali gus memudahkan panitia daerah merangka program-program 3P sepanjang tahun hadapan.
 
Bengkel ini telah memuktamadkan pembinaan RPT dan diserahkan kepada pihak Panitia BM Daerah untuk dimurnikan sebelum diedarkan ke- sekolah-sekolah menjelang cuti akhir tahun, tahun ini.

Friday, 6 November 2015

PERKHEMAHAN PELAJAR TINGKATAN 3 2015 (PROGRAM SELEPAS PT3)

Tarikh : 2-4 November 2015
Tempat : Kem Paya Pahlawan, Jitra
Sasaran : Semua pelajar tingkatan 3

Antara aktiviti yang dijalankan;











Suasana kem yang kondusif;




Guru-guru yang sama-sama turun padang menjadi chef di sepanjang program;




Jom balik!




Sunday, 4 October 2015

PEMENTORAN SBPIKP DENGAN SMK AGAMA KEDAH

Assalamualaikum semua...sekali lagi panitia Matematik Tambahan ikups muncul lagi dengan aktiviti memantapkan pengetahuan subjek di kalangan pelajar.
Selagi terdaya, apa yang boleh dilakukan, diarahkan akan sedia menurut perintah. Antara program dijalankan dalam bulan ini....kolaboratif bersama-sama SMK (A) Kedah...pementoran

Sesi perbincangan, merancang untuk melaksanakan program. Barisan guru yang hadir, otai-otai dari SMKAK dengan turut disertai oleh GK Sains dan Matematik mereka.



Pelajar-pelajar turut membantu "turun padang" sehari sebelum pementoran dilangsungkan. 




 Inilah modul yang digunakan.Telah diubahsuai oleh En. Mohd Rizal

Sebagaimana biasa, keberkesanan aktiviti Matematik tambahan ialah apabila belajar berkumpulan dijalankan. Pelajar perlu disusun dalam kumpulan dan menjawab soalan bersama-sama. 
Pastikan perbentangan kumpulan dijalankan...



Sejurus selesai sesi menjawab dan membentang, pelajar disusun ke dalam susunan menjawab peperiksaan....Dapatan yang diperoleh dalam kumpulan harus diuji....Markah direkod dan dibandingkan  dengan markah peperiksaan semasa...


Selesai sudah program, sedikit penyerahan tandahati kepada semua fasilitator yang terlibat. 
JASAMU DIKENANG