Tuesday, 11 May 2021

Mendepani Era IR4.0

Dunia dihambat teknologi. Siapa terlambat, pasti diterkam dan dibaham arus 4.0 yang sedang menggila. Pandemik COVID-19 seakan-akan bersekongkol : terus menyergah ke ruang santai segenap insan : "Hey... tunggu apa lagi! Jangan ulang skrip zaman tok nadok: Aku buta IT!". Dulu, kita ketawakan sang katak kerana lompatannya tidak ke mana-mana. Kontang akibat kemarau, kata kita. Tapi kini, saat sang katak biru hilang, kita yang terkial-kial lemas dalam arus menggapai harapan.

Majlis Guru Cemerlang iKUPS tidak lagi mahu menjadi pengekor; tenggelam bersama-sama nostalgia. Sederap kami melangkah membina sebuah pusat sehenti berbantukan IT. Sebuah bilik usang terbiar dengan habuk dan kotoran silam, kami bersihkan. Ruang sunyi 'berhantu', kami bakar kemenyan, agar harum dan riuh dengan insan. Maka, wujudlah Pusat Pendidikan Abad ke-21 (PPAK-21) al- Khawarizmi menggantkan Bengkel Lukisan Kejuruteraan yang sudah tinggal kenangan. Di sini, kami merancang - dan sedang bergerak - untuk merealisasikan projek : "Digital Jannah"

Hasratnya, begini:

(1) Pusat pembelajaran abad ke-21 = sudah 98% lengkap (tidak termasuk hiasan)
(2) Studio Hijau (Green Screen Studio) = 60% peralatan sudah lengkap
(3) Media iKUPS = 70% telah beroperasi
(4) Kolaboratif dengan Surau Jannatunnaim

Jadi, selepas PKP nanti, jemputlah memeriahkan PPAK-21 al-Khawarizmi! Pelancaran sedang dirangka.

"Sederap Mencabar IR 4.0"