Thursday, 23 January 2020

Permukiman 2020

Buat kali ketiganya, Majlis Guru Cemerlang (MGC) iKUPS kembali bermukim. Kali ini lokasi pilihan ialah pulau legenda, Pulau Langkawi. Selama tiga hari dua malam, de Baron Resort, Kuah menjadi tempat persantaian kami bertujuh: 6 orang GC dan Pengetua. Terima kasih tuan Pengetua yang sudi bersama-sama kami di sini! Dua orang GC lagi, Cikgu Husni dan Cikgu Asri tidak dapat bersama-sama kami pada kali ini atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.




Program 16-18 Januari ini bertujuan menetapkan hala tuju aktiviti MGC iKUPS pada tahun 2020. 17 Januari (Jumaat); agenda utama program bermula. Mesyuarat dan perbincangan kami tidaklah formal atau sampai 'pecah pala'. Santai-santai saja! Namun, walaupun santai kami tak berbincang tepi pantai, ya! Kami 'berkhalwat' lapan jam di dalam bilik mesyuarat. Bermula jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari; kemudian sambung lagi jam 2.00 hingga 6.00 petang. Boleh berasap jugaklah kepala kalau berfikir dengan stres. Mujur Pengetua kami pun chill-chill saja. Tak sempat berasap! Tak percaya? Tengoklah gambaq kami tengah memerah otak ni!





Air perahan otak??? ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚








Tak sah ke Langkawi kalau tak merasa makanan laut yang segar bugar ni! Jadi kami menyambung sesi perbincangan di Desa Permata Ikan Bakar! Errr... tapi agenda malam tu ialah hal-hal lain ;-)





Nasib baik ada tukang pilih, kalau dak tak makan kami malam tu!



Sabtu, 18 Januari: Kami menikmati keindahan Kilim Geoforest Park. Menikmati keindahan batuan jutaan tahun yang terbentuk di tanah air!






Tahang bot 'nambang, katenyer....



 Selepas menimati angin segar dan asin laut, kami diberi taklimat tentang batuan dan keistimewaan Geopark Kilim oleh  Pengurus Langkawi UNESCO Global Geopark (UGGp), En. Azmil Munif bin Mohd Bukhari. Banyak info rupanya! Selalunya kalau bersama-sama keluarga dan rakan-rakan, selepas mabuk laut di Klim, terus menikmati ikan bakar Buki Malut, tapi kali ini sijamu dengan maklumat yang tidak sedikit di Pusat Penerangan Geopark! Terima kasih, En. Azmil!







Alumni UKM tak lepas peluang!


Permukiman kali ini berakhir dengan cliche, lawatan ke Haji Ismail Group! :-) 


Insya-Allah, tahun depan kita bermukim lagi: tapi di mana?