Berpeluang meninjau sekitar asrama dan dewan makan, rasa macam nak tabik hormat kepada orang kuatnya, Puan Jainon Ngaini, Pen. Kanan Hal Ehwal Murid yang konsisten menjalankan projek pengkomposan iaitu menyediakan larutan enzim daripada sisa sayur-sayuran dan buah-buahan yang diambil dari dewan makan asrama.
Antara bahan asas yang digunakan termasuklah :
- Sisa sayur-sayuran
- Kulit buah-buahan
- Gula merah
- Air putih
- Kalsium karbonat
- Minuman Yakult
Cara penyediaan :
- 3 kg sisa sayur-sayuran dan kulit buah-buahan yang dikumpul dicincang dan digaulkan.
- Masukkan ke dalam satu tong takungan.
- Bancuh gula merah dengan 10 liter air dan gaul dengan bahan yang dicincang tadi.
- Gaulkan adunan dengan sedikit (sejemput) kapur – Kalsium Karbonat .
- Tuang sebotol minuman Yakult dan digaul adunan menjadi rata.
- Tutup tong supaya adunan terperam selama 14 hari.
Larutan yang telah siap digunakan oleh warga asrama untuk tujuan-tujuan yang telah ditetapkan, antaranya sebagai baja tanaman taman herba dan sebagai bahan pencuci longkang di kawasan asrama.
Projek
ini mendapat sambutan yang baik daripada seluruh warga asrama.
Sisa buangan
dari dapur dewan makan dapat dikurangkan.
Warga asrama memperoleh ilmu dan
pengetahuan dalam
menjaga alam sekitar yang tidak diperolehi dalam kelas.