Wednesday, 5 October 2016

PETA PEMIKIRAN - PETA BULATAN

Bila aktiviti sumbangsaran diadakan untuk menggembeleng idea  dalam kalangan pelajar, maka peta bulatanlah yang paling sesuai digunakan untuk menulis kesemua idea yang dikongsi.

KENAPA PETA BULATAN?

Peta bulatan digunakan untuk mendefinisikan mengikut konteks. Ia juga membantu aktiviti sumbangsaran di mana dapat digunakan untuk menyenaraikan semua yang diketahui tentang perkara atau idea tertentu supaya perkara tersebut boleh diteroka.






PEMBELAJARAN ABAD KE 21 - PEMBENTANGAN HASIL SENDIRI

Rupanya kan, bukan susah nak attract student supaya berani bercakap di hadapan kelas, walaupun sebenarnya pelajar tu mungkin pemalu dan pendiam.

Bagaimana?

Beri MIKROFON!






Bila dipakaikan mikrofon, secara psikologi pelajar akan rasa macam kena bercakap dengan baik dan bersungguh-sungguh. Teori saya saja. Nanti kita cuba lagi!

Saturday, 1 October 2016

BENGKEL SKOR A+ GEOGRAFI SPM DAERAH KUBANG PASU 2016

Pada tanggal 22 Oktober 2016, bertempat di Dewan Darul Qiyam, SMK Pulau Nyior, Jitra, berlangsungnya bengkel ini kepada peserta yang terdiri daripada 120 orang pelajar sasaran A+ bagi subjek Geografi SPM tahun 2016. 

Program anjuran Panitia Geografi Daerah Kubang Pasu dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Kubang Pasu ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan, tambahan pula penceramah, En. Sahidan Romli, merupakan antara 'otai' Geografi yang disegani turun padang sendiri menyampaikan segala tips dan strategi dalam menghadapi kertas Geografi yang semakin mencabar ini. Paling mengujakan, guru-guru pengiring bertindak sebagai fasilitator dan mereka sendiri kemudian nanti akan kembali menyampaikan ilmu yang sama kepada pelajar-pelajar lain di sekolah masing-masing.

Saya bagi pihak Pengerusi Panitia Geografi Daerah Kubang Pasu ingin mengucapkan jutaan penghargaan kepada semua pihak atas kerjasama yang tidak berbelah bahagi yang ditunjukkan. Walaupun hanya bermesyuarat di alam maya sahaja, kita telah membuktikan bahawa kebersamaan dalam mencapai sesuatu target akan memudahkan perjalanan kerja buat kita walaupun di mana sahaja kita berada. Tahniah dan semoga usaha kecil kita ini akan membantu anak-anak didik kita mencapai keputusan gilang-gemilang dalam kertas Geografi SPM nanti.

Sesi pendaftaran;

Meriah. Pelajar pun bersungguh-sungguh memberi perhatian terhadap apa yang disampaikan oleh penceramah;











Teman bekerja, juga travel bersama-sama, hati berpaut kerana Allah;




Majlis penutupan ringkas;


Ucapan Tuan Pen. PPD (Kemanusiaan), En. Mohamad Azrin Hassan

Penyampaian sijil penghargaan kepada urus setia

TQ sekalung budi kepada tuan rumah

Penyampaian sijil penghargaan kepada penceramah. 
Hanya Allah sahaja yang layak membalas budi tuan!

Team Geografi Daerah yang umpama keluarga

All For One, One For All!