Saturday, 27 February 2016

BENGKEL PENGURUSAN MAJLIS UNTUK PEMIMPIN PELAJAR

Tarikh : 27 Februari 2016

Masa  : 8.30 malam
Tempat  : Bilik Kuliah Ibnu Maskawih, SBP Integrasi Kubang Pasu
Sasaran : Semua ahli Lembaga Pengawas, wakil badan-badan kepimpinan sekolah dan jemputan khas Ketua dan Pen. Ketua Pelajar SMK Seri Badong.







Intipati bengkel :
  • Penekanan aspek jati diri sekolah
  • Protokol pengurusan majlis rasmi standard sekolah
    • Senarai keutamaan
    • Susunan keutamaan
    • Dan lain-lain
  • Etiket sosial
    • Tatacara berpakaian dan kod pakaian sekolah
    • Makan beradab
    • Dan lain-lain 

Didoakan semoga pelajar-pelajar ini menjadi pemimpin yang berwibawa dan berketerampilan, sebagai insan syumul ke arah menzahirkan pemimpin bertaraf dunia sebagaimana yang pernah dihasratkan! 

Monday, 15 February 2016

Mesyuarat Penyelarasan Program Akademik MGCKP

Bertempat di Bilik Seminar Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kubang Pasu, mesyuarat penyelarasan program akademik Majlis Guru Cemerlang Kubang Pasu telah diadakan. Mesyuarat pada tanggal 2 Februari 2016 itu dipengerusikan oleh pegawai meja MGC PPDKP, Pn. Hjh Fadzillah binti Selamat. Dalam ucapannya, Pn. Fadzillah melahirkan penghargaan pihak PPD kepada MGCKP yang telah banyak membantu PPDKP dalam merangka dan melaksanakan program-program akademik melalui program CEMARA. Hampir semua mata pelajaran SPM telah menjalankan program yang didukung oleh MGC ini pada tahun lepas. Sehubungan dengan itu beliau berharap agar program seumpama ini diteruskan lagi pada tahun ini demi memastikan kecemerlangan pelajar-pelajar daerah Kubang Pasu, ukan sahaja dalam peperiksaan SPM bahkan dalam UPSR.

Program yang bermula pada jam 2.30 petang itu turut dihadiri oleh guru-guru cemerlang daerah Kubang Pasu dari pelbagai bidang kepakaran.MGC SBPI Kubang Pasu pula telah diwakili oleh En. Ariffin bin Salleh dan En. Mohd Asri bin Md Saad.

Mesyuarat telah bersetuju meneruskan program CEMARA pada tahun ini dengan meluaskan skop kepada pelajar Tahun 6 sekolah rendah selain meneruskan untuk pelajar tingkatan 5 sekolah menengah. Mesyuarat juga telahmemutuskan akan bekerjasama erat dengan panitia mata pelajaran daerah dalam melaksanakan program-program yang dirancang agar keberkesanannya lebih dirasai pelajar. Selain itu, programCEMARA pada tahun ini dicadangkan diadakan lebih awal, iaitu sebelum Peperiksaan PertengahanTahun dan sebelum Peperiksaan Percubaan UPSR/SPM. Hal ini bertujuan memberi pengukuhan kepada dua golongan sasar program iaitu golongan Galus dan "Near Miss A". Pelajar Halus diserahkan kepada pihak sekolah untuk merangka program bagi murid masing-masing.

Pada akhir mesyuarat, beberapa tarikh telah dikenal pasti oleh mata-mata pelajaran untuk dijaankan program CEMARA. Program yang dirancang seawall bulan Mac itu diharapkan mampu melonjakkan kecemerlangan pelajar-pelajar daerah Kubang Pasu dalam kedua-dua peperiksaan awam : UPSR dan SPM. MGCSBPIKP pula akan seberapa daya untuk turut membantu melonjakkan keberhaslan "A+" dalam semua mata pelajaran SPM di sekolah ini dengan bantuan rakan-rakan MGC KP.

Thursday, 4 February 2016

AKSESORI PERGEO

Awal tahun, panitia biasanya minta pelajar sediakan alatan pembelajaran, antaranya buku teks, atlas, fail untuk nota, peta minda dan modul, buku panjang untuk latihan, pembaris, jangka tolok, benang, kalkulator dan sebagainya. Dan biasalah, bila belajar secara nomad ni, akan ada saja yang tak bawa itu ini, minta balik kelas, tumpang kawan, pinjam dari kelas sebelah dan lain-lain lah yang for sure akan mengganggu tumpuan kelas, dah lah contact hour pun cukup-cukup makan saja kan :-)

Jadi untuk memudahkan pelajar serta mewujudkan suasana tiada gangguan dalam kelas, panitia menyediakan beg geographerz yang dimiliki oleh semua pelajar Geografi tingkatan 1, 2 dan 3. Warna beg berbeza sebenarnya ikut tingkatan. Alhamdulillah masalah gangguan sebab tak ada alat, kena balik kelas, kena pinjam dah berkurangan. Semua pelajar dilatih bertanggungjawab atas pembelajaran masing-masing.