Wednesday, 5 October 2016

PETA PEMIKIRAN - PETA BULATAN

Bila aktiviti sumbangsaran diadakan untuk menggembeleng idea  dalam kalangan pelajar, maka peta bulatanlah yang paling sesuai digunakan untuk menulis kesemua idea yang dikongsi.

KENAPA PETA BULATAN?

Peta bulatan digunakan untuk mendefinisikan mengikut konteks. Ia juga membantu aktiviti sumbangsaran di mana dapat digunakan untuk menyenaraikan semua yang diketahui tentang perkara atau idea tertentu supaya perkara tersebut boleh diteroka.






PEMBELAJARAN ABAD KE 21 - PEMBENTANGAN HASIL SENDIRI

Rupanya kan, bukan susah nak attract student supaya berani bercakap di hadapan kelas, walaupun sebenarnya pelajar tu mungkin pemalu dan pendiam.

Bagaimana?

Beri MIKROFON!






Bila dipakaikan mikrofon, secara psikologi pelajar akan rasa macam kena bercakap dengan baik dan bersungguh-sungguh. Teori saya saja. Nanti kita cuba lagi!

Saturday, 1 October 2016

BENGKEL SKOR A+ GEOGRAFI SPM DAERAH KUBANG PASU 2016

Pada tanggal 22 Oktober 2016, bertempat di Dewan Darul Qiyam, SMK Pulau Nyior, Jitra, berlangsungnya bengkel ini kepada peserta yang terdiri daripada 120 orang pelajar sasaran A+ bagi subjek Geografi SPM tahun 2016. 

Program anjuran Panitia Geografi Daerah Kubang Pasu dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Kubang Pasu ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan, tambahan pula penceramah, En. Sahidan Romli, merupakan antara 'otai' Geografi yang disegani turun padang sendiri menyampaikan segala tips dan strategi dalam menghadapi kertas Geografi yang semakin mencabar ini. Paling mengujakan, guru-guru pengiring bertindak sebagai fasilitator dan mereka sendiri kemudian nanti akan kembali menyampaikan ilmu yang sama kepada pelajar-pelajar lain di sekolah masing-masing.

Saya bagi pihak Pengerusi Panitia Geografi Daerah Kubang Pasu ingin mengucapkan jutaan penghargaan kepada semua pihak atas kerjasama yang tidak berbelah bahagi yang ditunjukkan. Walaupun hanya bermesyuarat di alam maya sahaja, kita telah membuktikan bahawa kebersamaan dalam mencapai sesuatu target akan memudahkan perjalanan kerja buat kita walaupun di mana sahaja kita berada. Tahniah dan semoga usaha kecil kita ini akan membantu anak-anak didik kita mencapai keputusan gilang-gemilang dalam kertas Geografi SPM nanti.

Sesi pendaftaran;

Meriah. Pelajar pun bersungguh-sungguh memberi perhatian terhadap apa yang disampaikan oleh penceramah;











Teman bekerja, juga travel bersama-sama, hati berpaut kerana Allah;




Majlis penutupan ringkas;


Ucapan Tuan Pen. PPD (Kemanusiaan), En. Mohamad Azrin Hassan

Penyampaian sijil penghargaan kepada urus setia

TQ sekalung budi kepada tuan rumah

Penyampaian sijil penghargaan kepada penceramah. 
Hanya Allah sahaja yang layak membalas budi tuan!

Team Geografi Daerah yang umpama keluarga

All For One, One For All!

Friday, 30 September 2016

ANUGERAH KHAS PANITIA PT3


Alhamdulillah. Together we stand. The more you give, the more you will get back!
TQ Allah :-)


Tuesday, 27 September 2016

SAAT-SAAT KEBENARAN HAMPIR TIBA!

Perjumpaan terakhir Ayahanda Pengetua dengan guru dan staf sokongan berlangsung dalam suasana yang agak suram di Bilik Kuliah Ibnu Maskawih pagi ini. Mungkin disebabkan beliau merasakan tidak lagi berpeluang berjumpa semua guru dan staf dek kesibukan menguruskan majlis persaraan beliau esok, jadi inilah masa yang sesuai untuk saling bertemu bagi meninggalkan amanat-amanat terakhir sebelum beliau meninggalkan iKUPS.




Seperti selalu, beliau tidak pernah lupa menyantuni kami dengan pelbagai tanda ingatan. Seperti seorang ayah, beliau menyerahkan buah tangan kepada setiap guru dan staf.





Kecil, tetapi penuh bermakna.


Di penghujung pertemuan, kami mengambil kesempatan untuk saling memohon kemaafan sepanjang 7 tahun berjuang bersama. 7 tahun bukanlah suatu masa yang singkat, dan tidak juga suatu perjalanan yang panjang. Tetapi jatuh dan bangun dalam satu perjuangan adalah lumrah. Tinggal kini bagaimana kita semua akan kembali meneruskan legasi kecemerlangan iKUPS, dengan kesatuan hati serta visi yang dikongsi bersama.



Monday, 19 September 2016

SPA GEOGRAFI : SPECIAL, PERSONAL & ATTENTION IN GEOGRAPHY

SPA Geografi hanyalah sebuah bilik Geografi biasa, untuk kegunaan yang luar biasa. Selain menjadi medan P&P serta aktiviti-aktiviti persatuan dijalankan, bilik ini juga sering menjadi tempat pelajar Geografi yang belum mencapai standard akademik yang ditetapkan dalam mata pelajaran ini dibantu melalui sesi 'tera-geo' (terapi Geografi / terror Geo!) secara khusus dan istimewa :-)

Antara kemudahan yang terdapat dalam bilik ini termasuklah;



Sudut-sudut info


Sudut aksesori PERGEO




Sudut bahan-bahan rujukan



Sudut fosil dan batuan

 

Ruangan SPA dan sudut kaji cuaca mini
  

Sudut eksplorasi Geografi


Koridor Geografi

Harapan kami agar usaha kecil ini akan dapat membantu pelajar dalam pembelajaran mereka, sekaligus memenuhi hasrat dan aspirasi panitia iaitu Geografi bukan sekadar untuk dipelajari, malah turut dihayati!